Monday, July 2, 2012

KFC.. menyampaikan hajat Si Manja..

Ello all,

Lagi marathon melengkapkan wishlist makan-makan.

Sedih pilu hati Ibu bila si Manja minta KFC sebagai pelengkap wishlist makan-makan. Dalam banyak-banyak makanan yang ada kat sini, boleh dia berhajat dengan KFC chicken rice. Aduhai alahaiii..

Redha' je laa.. KFC kat Kuwait memang tak ada la best mana. Hatta kalau diminta hat "spicy" pun, gamaknya baby pun boleh tumpang makan. Walhal sana kaya lagi mewah dengan segala rempah ratus. Tapi biasa laa.. mana ada Pak Sheikh dan Minah Arab yang tahan makan pedas kan kan kan.

Cuma sedikit kecewa kerana hat KFC chicken rice yang "ori" sudah tidak ada lagi. Yang ada cuma hat versi baru. Adat laa kan. Orang berniaga kena laa kreatif. Cuma pada kami yang pulang ke sini setahun sekali tak dapat laa lagi menjamu selera dengan nasi ayam KFC hat original.. yang ada sekali dengan sup and chicken balls tu laa.

Kenapa nasi ayam KFC jadi pilihan??
Sebabnya.. nasi ayam nyer kaler putih dan tak ada segala rempah ratus yakni daun-daun, kismis, halia, etc. Alahaiiii.. Haazem mana boleh tahan dengan segala alien macam tu. Kompom tak berusik la nasi kalau ada segala benda-benda tu. Tu sebab jugak dia tak makan nasi mandi atau beriyani semasa di Kuwait.

Tapi, syukur at last sampai jugak hajat Haazem tho' not the actual.. sipi-sipi okey laa..

Menyampaikan hajat si Manja Ibu.. khatam sudahhhh...


No comments:

Post a Comment