Tuesday, July 31, 2012

Menyalai ikan di bulan puasa..


Menyalai ikan dalam puasa.. sangattttttt la mencabar. Tapi lagi horror kalau menyalai daging sebab prosesnya lagi lama dari menyalai ikan. Tapi nak makan punya pasal, sanggup babe. Dah lama sangat tak makan gulai ikan sembilang salai dengan pucuk ubi. Harga wise, memang semua barang di kampung ni sangat la mahal. Kalau sekilo ikan sembilang di Selayang hanya RM3.50, di sini cecah sampai RM5.00 sekilo. Kalau berniaga, memang tak boleh nak "up" harga tinggi sangat. Tapi, tak berbaloi pulak nanti dengan kederat yang keluar semasa menyalai ikan.

Our family memang jarang sangat beli ikan sembilang salai yang ready-made. Reason, my dad and mom sedikit particular bab-bab mencuci ikan sembilang ni. Kami biasa cuci dengan asam limau. So bau hanyir tu tak la menyengat hidung sangat. Lagi pun kalau ikan sembilang ni tak dicuci extra bersih, rasa pun ada "kureng". Itu tak dikira lagi some part of the ikan sembilang yang kita memang kena extra cuci sebab segala selut, lumpur, darah hitam yang banyak berkumpul. Dari banyak dakwa-dakwi, baik buat sendiri sahaja.

Then, masak wise. Arrrr... memang Omak la yang jadi mangsa. Bila lagi nak manja-manja kan kan kan. So, petang tu Ibu jadi "Madam" kejap. Tau-tau je semua dah siap. Sampaikan ke memetik pucuk ubi pun, Ayah yang yang petikkan.

BTW, pada yang kurang pasti.. ikan sembilang dan ikan keli tu adik-beradik je. Cuma panggilannya saja yang berbeza.

Air tangan Omak.. 
Timo kasih Omak.. and to Ayah too yang tolong potik pucuk ubi..


No comments:

Post a Comment