Wednesday, July 11, 2012

Moh layan mi rojak kek Simpang Tanjung.


Hampir setahun menanti baru sekarang dapat merasa semula. Last few days Ibu dan anak-anak sempat pulang ke kampung di Negeri Sembilan (sehari jer). Rasa sesak sangat nafas duduk di Kuala Lumpur. Tambahan pulak sememangnya terasa amat rindu hendak pulang ke kampung. Bergumpal dan beramah-mesra dengan nyamuk, ayam, itik.. dan jika sempat mungkin juga merasai nikmat angin sejuk semulajadi selepas hari hujan.

Sebelum tidur, Ibu dah pasang niat hendak bersarapan di kedai “Abang” pada keesokan harinya. Juadah yang dicari, mi rojak dengan extra kuih rojak. Mungkin “biasa-biasa” sahaja pada orang lain. Tapi bagi Ibu ia satu kelainan dari juadah sarapan biasa yang hanya menyajikan nasi lemak, roti canai, mi kari, mihun sup dan lain-lain. Rasanya tidak terlalu keterlaluan jika Ibu berikan 3.5 bintang untuk rasa mi rojak di kedai Abang tersebut.

Seperti kedai-kedai biasa di kampung-kampung, tidak ada nama tertentu lagi glamour untuk kedai Abang. Hanya kerana orang kampung lebih mesra memanggil tuan punya kedai tersebut sebagai “Abang”, dan memandangkan ia agak serasi pula.. maka sehingga kini jika ada sesiapa yang ingin menjamu selera dengan “mi rojak” seawal jam 8.00 pagi.. mungkin boleh mencubanya di kedai Abang.

Terletak bertentangan dengan Masjid Seri Mungkal, Tg. Ipoh, maka Ibu ambil kesempatan tersebut untuk mengenalkan anak-anak dengan masjid di kampung kami. Insya’Allah, jika diizinkan oleh-Nya mungkin sampai jugak rezeki kami untuk sembahyang berjemaah untuk Solat Terawih dan Solat Eidul Fitri tahun ini di masjid ini nanti.



No comments:

Post a Comment