Sunday, July 15, 2012

Teluk Kemang dalam ingatan..


Suka bukan kepalang anak-anak Ibu bila dapat "becempogho" di pantai Port Dickson. Pagi-pagi lagi semua sudah siap menunggu di luar, walhal kalau di hari biasa.. layan cd dulu laa, layan kartun dulu laa. Ini hanya dengan sekali suruh, semua dah siap mandi dan tukar baju.

Budak-budak mana laa yang tak suka mandi air laut kan. Kalau di Kuwait memang tidak dibenarkan sama sekali. Pernah laa sekali budak-budak ni mandi laut (selepas penat mancing ikan) at last kene jerit dengan dengan Minah-minah Arab.. "haram haram". While kalau balik Kelantan, memang tak merasa laa nak mandi macam ni sebab pantai di sana a bit dangerous. Kalau tak bahaya pun, Tok Ayah memang tak akan izinkan dia orang mandi macam ni.

Mandi kolam.. tak sama babe.. so untuk menyampaikan hajat anak-anak, Pantai Teluk Kemang jadi sasaran. Masa kami sampai di sana, punyalah ramai manusia. Mungkin sebab hari Sabtu dan mungkin jugak sebab next week dah puasa. So semua orang nak lepas geram.

Me, I take it as masa untuk layan perut. Tengok sahaja laa lauk-pauk yang my mom masak untuk dibawa bekal semasa berkelah di sana. At first Ibu suruh "tapau" or beli je kat kedai-kedai yang banyak offer makanan di situ. But since my Omak insisted we "masak", ikut je laa kan. Memang berbaloi babe, kenyang sampai ke malam. Itu belum lagi dicampur dengan segala jajan yang Ibu dok kunyah semasa di sana. Alahhh, bukan selalu pun kan kan kan.


- Lunch at tepian pantai -
(mengikut putaran jam)
Ayam goreng berempah
Sayur campur
Sambal tumis udang
Ayam masak kari

2 orang budak hanyut..

My Cinonet.. pueh ati eh dapek mandi air laut..

Arif with cousin Adam

Baby Amir
Last year, this little fellow doesn't got the chance to mandi-manda sebab masih dalam buaian.. this year.. jeng jeng jengggg...

Upacara wajib, only this time Kimi jadi mangsa..

Kak Mia, my mom's only grand daughter

No comments:

Post a Comment