Saturday, August 11, 2012

Gulai siput sedut dengan keladi


Ello all,

Alhamdulillah.. khatam sudah... hampir dua bulan Ibu jejak kaki ke Tanah Malaya, barulah kini dapat merasa gulai siput sedut. Kat kedai memang banyak jual. Tapi tak aci laa sebab Ibu nak masak sendiri and kalau kurang rajin nak Omak yang masakkan. Tapi, ya Rasul.. punyalah mahal rupanya. Sekilo sampai RM18.00. Kalaulah Ibu ni penduduk sepenuh masa di sini, memang tak ada laa sampai tahap meroyan semata-mata nak mencari siput sedut ni. Lain laa kalau dah hazab plus critical sangat.

Nak menggulai siput sedut ni ada sedikit petua. Kalau nak short-cut macam biasa pun, no hal. Cuma biasanya Omak amalkan cara masak yang sebegini untuk pastikan lumpur semua dah keluar hatta end result kuah gulai jadi bersih dan lebih cantik kuningnya. 

Pada sesiapa yang berhajat dengan resepi gulai siput sedut, bolehlah lihat di bawah ya.

Bahan-bahan;
Sekilo siput sedut (Ibu guna hat laut)
Cili api secukup pedas
Serbuk kunyit
Santan 500ml
2 batang keladi
2-3 batang serai
Segenggam ikan bilis

* Siput dicuci kemudian dipotong hujungnya. Seeloknya dipotong sedikit ke dalam agar nanti senang untuk menyedut siput.
* Siput dicuci semula untuk membuang serpih kulit siput yang telah dipotong dan direbus seperti merebus kerang.
* Kemudian angkat dan toskan.
* Manakala keladi dicuci dan dipotong serong.
* Serai pula dipotong dan diketuk sedikit.
* Cuci ikan bilis dan toskan.

Cara-cara menyediakan kuah gulai;
1- Kisar cili sehingga halus, tapis dan ambil airnya sahaja.
2- Masukkan serbuk kunyit sehingga mendapat kuning yang dikehendaki.
3- Masukkan santan, dan masakkan kuah.
4- Kacau selalu untuk mengelakkan kuah meruap.
5- Setelah itu, masukkan serai dan ikan bilis.
6- Masakkan seketika.
7- Kemudian masukkan pula keladi dan masak sehingga lembut.
8- Akhir sekali masukkan siput dan perisakan dengan garam.
9- Beres.


No comments:

Post a Comment