Friday, August 17, 2012

Lauk raya weiii...


Janganlah nak cari pasal menyalai daging dalam bulan puasa. Dugaan seribu kali hebat dari hari-hari biasa. Time macam ni kalau dapat air sirap ais ke, sunquick ke, air cendol memang best sangat laa.. even air kosong pun jadi laaaaa... Tapi apakan daya, puasa tetap kena teruskan. Isshhh.. ngalahkan budak-budak laa pulak.

Family Ibu kalau hari raya pertama dan kedua memang susah laa nak jumpa mi hailam ke, mi kari ke atau kuih-kuih raya. Memandangkan pada saiz family kami yang besar, maka kalau nak selamat, eloklah dihidangkan nasi putih dan lauk-pauk sahaja. Selain dari rendang, ketupat, sup tulang, lemang dan juadah wajib di hari raya, gulai daging salai memang "menu wajib". Then we'll think of something on top of gulai daging salai. Once dah kenyang perut.. senanggggg...

Memandangkan stok daging salai dah terhad, maka menyalai lagi laa kami hari ini. Dah la dengan cuaca yang "extra panas" hari ni. Kalau bukan on rotation between me, Ayah and Omak.. huishhh.. memang melepek laa puasa hari ini.

No comments:

Post a Comment