Friday, September 7, 2012

Buah sentul.. Siam mari..


Sangat puas hati.. wishlist makan-makan yang satu ni sampai balik semula ke Kuwait baru makbul. Memang kena buat solat sunat syukur lepas ni. Dua setengah bulan balik kampung, sebijik pun tak jumpa tapi hari ni sekali je pi jenguk Bobby kat kedai sayur terus jumpa buah ni. Pada sesiapa yang tak tahu, inilah buah sentul. Pokok sentul banyak jumpa kat dalam hutan. Kat kampung Ibu pun cuma kat rumah jiran yang belakangnya ada hutan (sikit je) yang ada pokok ni. Last Ibu makan buah ni, ada laa masa Ibu sekolah rendah dulu. Then bila tuan punya pokok tu dah meninggal dunia then Ibu pulak dah masuk asrama masa Form 1, langsung dah tak merasa lagi makan buah sentul ni.

Then ntah macam mana, balik kali ni boleh pulak berhajat semula. Di kampung Cik Asben pun tak jumpa jugak buah ni. Sampai la ke saat-saat akhir nak balik sini pun, tak jugak sempat merasa. Dah tu hari ni ada pulak kawan post gambar dia makan buah sentul (kat Terengganu), alahai.. memang dengan muka kurang segan dan malu terus pesan mintak bawak balik dalam 2-3 biji nak buat melepas hajat. Harap sempat laa lagi sampai ke hari dia nak balik ke sini. Hari raya haji lama lagi tu.

Tapi Allah tu maha kaya dan maha mendengar. Boleh pulak dimakbulkan hajat Ibu hari ni. Tak cukup dengan tu, punyalah besar sentul yang Ibu dapat ni. Sebiji 600grams. Kata Bobby, sentul (Siam) memang besar-besar. Rasanya pun memang lebih manis jika dibandingkan dengan sentul Malaysia. Tapi tak kisahlah Siam ke, Melayu ke.. janji buah sentul. Makan pulak cicah dengan kicap + cili potong + gula... perghhhhh. Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. khatam sudah..

Gambar dari album Ujie.. best nyer layan buah sentul dengan kicap pedas..

No comments:

Post a Comment