Sunday, September 9, 2012

Gulai ketam.. tumpang tengok sahajalah..


Memang biasa kita dengar, makanlah sepuasnya sebelum kita hanya mampu "tengok" sahaja. Well, in this case I would strongly urged all of  you out there to "makan" apa yang tekak tu nak makan sebelum sampai satu masa kita hanya mampu "tengok" sahaja. Mampu tengok kerana faktor usia, faktor kesihatan dan apa-apa yang sewaktu dengannya. Trust me, you would be so frustrated once the time comes and you can't just enjoy the luxury of eating all those super yummy extra delicious food that once you abandoned and ignored just because nak jaga badan, takmo perut buncit, sebab itu, sebab ini and whatsoever laa.

In my case, ketam.. Dulu masa sihat walafiat selalu sahaja Ibu ngelat nak makan sebab MALAS nak mengopek kulit ketam. Renyah, buang masa and not to mention very the sengsara laa. So, alasan Ibu "banyak lain lagi yang boleh dimakan" selalu sahaja terlepas dari mulut ni. Kununnya nye laa..

Tapi bila dah duduk di negara Pasir Berdengung ni, alahai aduhaiiiii.. Seafood punyalah murah. Maybe sebab dekat sangat dengan laut so macam dah tak ada value la pulak. Then bila baca blog kawan-kawan, as well as Forum Cari yang menjadi sumber bacaan utama Cik Asben when it comes to FOOD.. aduhaiiii.. terliur la pulak dengan pelbagai jenis masakan yang berasaskan makanan dari laut. Hence, takkan laa kita ni nak jadi "tukang masak" sahaja kan kan kan. Sekali dua bolehlah ngelat and tarik diri. Tapi kalau sekali seminggu ketam, udang dan sotong naik ke rumah ni.. terliur jugak laa.

Tapi bahananya, sekali makan terus tangkap ke kepala. Maka meranalah mencari panadol. So that was the moment you realised that "ketam" dah masuk kategori "tengok sahajalah". Jadinya, ambiklah iktibar dari pengalaman Ibu ni. Janganlah kita sia-siakan peluang yang ada atau rezeki yang di depan mata. Makan tu tetap makan cuma beringatlah jugak jangan sampai mudarat. Makanlah seadaanya tapi JANGAN tak makan langsung. Rugi woooo...





No comments:

Post a Comment