Sunday, September 2, 2012

Ikan pari jeruk goreng pedas


Setelah hampir 3 bulan berada di Tanah Malaya, kini Ibu bersiaran kembali dari Negara Pasir Berdengung, Kuwait. Tapi rasa kekok la pulak. Terkial-kial Ibu mencari segala gadgets yang perlu semasa hendak memulakan tugas di dapur pagi tadi. Serba tak kena. Mungkin tangan masih terbiasa dengan aturan barang-barang di dapur Omak. Tetiba pulak rasa nak nangis ni..

Pagi-pagi lagi perut dah mula berkeriuk mencarik nasik. Mahukan tidak, semalam kami makan tengah hari jam 2 petang (7 malam di Tanah Malaya) then pagi ni jam 8 pagi (jam 1 tengah hari di Tanah Malaya) semua dok pakat masuk dapur mencari apa-apa yang patut. Sememangnya dah patut refill pun. Dah lunch hour.

Dengan bekalan barang basah yang terhad, at last ikan pari jeruk jadi korban. Mujur tak ada yang membantah. Dah lapar sangat laa tu. Alhamdulillah, selesai sudah cerita untuk pagi ini. Untuk lunch and dinner... nak makan apa pulak ya???

No comments:

Post a Comment