Saturday, September 8, 2012

Makan-makan time.. our first open house invitation in Kuwait.

Tuan Rumah..

Antara jemputan yang terawal..

Juadah yang disajikan.. secukup rasa..

Puan Yati selaku co-host..

Allahumma bariklana..

Alhamdulillah.. 
Kenyang sampai ke malam kami hari ni. Jemputan makan-makan di rumah terbuka dari Puan Noor Aza sekeluarga sememangnya kami terima dengan sangattt suka hati. Bukan sahaja meriah dengan jemputan yang hadir, malah juadah yang terhidang sahaja sudah cukup menyenakkan perut yang sememangnya memang minta diisi.

Dengan keadaan Ibu yang masih bermalas-malas nak turun ke dapur, jemputan sebegini amat ditunggu-tunggu. Anak-anak pulak sememangnya tak sabar menunggu sehingga selepas solat dzohor, bukan atas alasan "makan-makan" tapi hanya sebab nak berjumpa kawan-kawan. Maklum sahajalah..  dah lama masing-masing bawa haluan ke kampung halaman. Hanya sekarang berpeluang berjumpa semula.

Pada keluarga Puan Aza dan suami, terima kasih kerana menjemput kami. Ada rezeki, nanti buat lagi..


No comments:

Post a Comment