Sunday, October 14, 2012

14 Kebaikan Membaca Surah Yaasin.


Assalamualaikum all,

Ingin di sini Ibu panjangkan kebaikan membaca Surah Yaasin. Mohon dihalalkan ilmu yang Ibu cedok dari blog Mohd Isa

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yaasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:

1.    Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2.    Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3.    Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4.    Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5.    Jika terpenjara akan dibebaskan.

6.    Jika seorang musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7.    Jika kita tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8.    Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9.    Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yaasin. Sesiapa membaca surah Yaasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”

12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yaasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Begitu banyak khasiat dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui bacaan surah Yaasin, seperti yang telah disebut seperti di atas Yaasin umpama hati kepada al-Quran. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang pastinya melalui hati, oleh itu marilah kita mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. melalui ibadah dan bacaan Yaasin. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment