Thursday, October 25, 2012

Alhamdulillah.. rezeki..

Sessi ulang tayang, ada pulak yang mintak dibuat siaran ulangan..

Kerapu goreng berlada, khas untuk Haazem and Amsyar..

Assalamualaikum all,

Alhamdulillah, selesai sudah kami menjamu tekak dan perut. Seronok sebab anak-anak sama berbuka puasa dengan kami. Tambah seronok sebab ada tetamu dari Dammam datang bertandang. Syukur dengan rezeki petang tadi. Haazem laa yang paling seronok sebab dapat melengkapkan puasanya hari ini. Dia puasa 2 in 1 hari ni. Yakni puasa ganti dan puasa sunat. Last ramadhan dia terkucil sehari puasa sebab dok terlampau gigih mengukur Taman Senawang. At last muka dah naik biru. 

Kalau ikutkan Ibu, memang tak bagi bukak puasa dah. Memang suruh dia pi cuci muka then tidur saja. Tapi Omak laa pulak yang "terlebih kasihan". At last, dengan berat hati terpaksalah Ibu merelakan Haazem bukak puasa sehari. Walhal bukannya dia sakan makan minum pun. Dapat air seteguk, terus pengsan sampai petang. Rugi saja bukak puasa. Isshhhh..

Ini pulak untuk Arif si Cinonet.. sup ayam.. lepas ni ada laa yang kena rebus nasi impit ni..
 
Anyway, hari ni Ibu masak yang ringkas-ringkas saja. Dah ada tugas yang menunggu selepas ni pulak. Ada rezeki kita sambung lagi nanti ya. Daaaa...


No comments:

Post a Comment