Wednesday, October 3, 2012

Jantung pisang.. HATI PISANG??


Alahai anakkkkkkk... itu "jantung pisang laa", bukannya HATI PISANG.. bolehhh???

Bertuah tul anak Ibu ni. Makan nak, tapi nak sebut tak reti. Memang kena sessi suai kenal laa jugak. Tapi nak salahkan dia orang 100% pun tak boleh jugak. Bukannya membesar dalam kelompok masyarakat Melayu pun. Dah laa kat building ni kami sekeluarga sahaja dari Malaysia. Dah tu "pendatang" pulak. Tapi bukan PATI ya.. Iqamah semua complete..

Cuma alhamdulillah tekak Amsyar masih tekak orang MELAYU. Setakat masak lemak, singgang pedas, sambal tumis, rendang, ulam-ulaman.. semua dia bedal selamber jer. Lagi pedas lagi bagus. Confirm makan bertambah-tambah. Maybe sebab kami jarang makan jantung pisang rebus cicah dengan budu atau air asam, so dia tak well verse lagi. Otherwise, sure dia kenal laa jugak jantung pisang and bukan HATI PISANG. While Haazem.. tak payah sogok pun tak apa. sikit pun dia tak terkilan. Bagi dia ayam goreng, ikan goreng.. dah cukup... 


Tapi bila Ibu sogok gulai ikan merah dengan ulam pegaga tu, sikit pun Amsyar tak mengelat. Siap abis dikutipnya segala daun pegaga tu pulak. Kuah pulak siap banjir. Cili-cili budu pun abis dikutipnya. Kita ni jenuh dah pesan, "control cili.. esok kat sekolah takut karang abang asyik pi toilet jer...". Tapi sikit pun dia tak kisah. Siap kata lagi.. "tak pedas, tak puas makan laa Bu". Abih tu nak buek camano???? Dah anak oghang Negori Sembilan.

Btw, kalau ada yang berhajat dengan resepi; 

Bahan-bahannya;

Ikan merah
Secekak pucuk pegaga
Cili api secukup pedas
Serbuk kunyit
Santan pekat 1 tin

Cara-caranya;
1- Blend cili api hingga hancur, tapis dan ambil airnya sahaja.
2- Masukkan santan, sedikit air dan serbuk kunyit, dan kacau selalu.
3- Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan.
4- Cuci pucuk pegaga.
5- Masukkan pucuk pegaga ke dalam kuah dan masakkan seketika.
6- Perasakan dengan garam
7- Siap sudah..

p/s : 

* Orang N9 memang menggulai tak guna bawang merah, bawang putih atau lengkuas.
* Hanya cili dan kunyit saja.



No comments:

Post a Comment