Tuesday, October 9, 2012

Pentingnya MENANGIS.


Tidak selalu orang menangis dengan mengeluarkan air mata namun air mata amat sinonim dengan kesedihan. Menitikkan air mata ternyata bukan hanya sekadar sebagai ungkapan emosi dan perasaan. Tangisan juga sebagai petanda anda sedang bahagia atau sedih. Namun, sesungguhnya, tak perlu malu dan tak perlu menahan keluarnya air mata. Sebab, bukan hanya sekadar menenangkan hati, menangis juga mempunyai manfaat sebagai terapi.

Menangis juga kerana;

1- kasih sayang dan kelembutan hati.
2- rasa takut.
3- rasa cinta.
4- rasa gembira.
5- menghadapi penderitaan.
6- terlalu sedih.
7- terasa hina dan lemah.
8- terikut-ikut orang lain menangis.
9- untuk mendapatkan belas kasihan dari orang lain.
10- hanya kerana berpura-pura menangis.


Seorang ahli psikologi seperti dipetik daripada halaman Times of India, 22 April 2012 mengesyorkan bahawa seorang harus menangis ketika mereka merasa ingin menangis. Janaganlah anda menahan air mata itu daripada keluar kerana menangis ada manfaatnya untuk anda. Jom kita lihat apakah kebaikan menangis.


1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan “lisozom” yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.


3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.


4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

Alasan yang paling penting, mengapa menangis itu perlu. Air mata yang keluar semasa menangis boleh membuat mata lebih segar. Air mata melumasi bola mata dan kelopak mata dan juga mencegah dehidrasi pada membran mukosa.


5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

Perkara ini diyakini bahawa menangis dapat menurunkan tingkat emosi seseorang. Air mata yang tidak dikeluarkan justeru boleh menimbulkan kecemasan, kegelisahan, lekas marah, keletihan, pencerobohan, gangguan emosional, dan seluruh perasaan yang hidup dalam diri anda.


6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.


7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.

Menangis bagi kaum wanita bolehlah disifatkan bagaikan terapi bagi mereka, boleh menurunkan kecemasan dan kecewa. Menangis boleh membersihkan semua fikiran anda dan dianggap sangat sihat juga mampu mencipta perasaan lebih santai. Jadi, biarkan perasaan sedih dan tertekan diluahkan dengan tangisan.

Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.




No comments:

Post a Comment