Wednesday, November 21, 2012

Reading time..

Assalamualaikum all,

And I quote ;
“Poor people have big TV. Rich people have big library.”
Author : Jim Rohn


We might have our own ways defining the above quote yet, nobody is wrong. "People himself" pun dah bermacam-macam. Dari perangai, attitude, dislike, liking, hobby.. etc. Just name it. Tidak ada seorang pun Hamba Allah di atas muka bumi ini yang mungkin 100% sama dengan Hamba Allah yang lain. Yang mungkin ada, mungkin hanya "similarity". Dalam erti kata yang lebih mudah.. "kau dan aku tidak mungkin sama".

Therefore, mungking ada orang menterjemahkan quote di atas as "orang kaya sempat ke nak membaca?" or "orang miskin mana mampu nak beli TV besar?" Well, Ibu pernah ajak 2-3 orang bersembang as in bersembang with educational interest. Somehow or rather I find it very interesting. Ada masa syok jugak bila paksa otak ni berfikir benda-benda macam ni rather then cerita pasal sale or sale and sale lagi yang sememangnya a never ending story di sini.

An interesting experience actually. But the way I take it.. orang kita memang jarang atau kurang suka bila diajak bersembang benda-benda macam ni. Ramai yang lebih suka dengan "cool and easy". Lebih senang cerita pasal anak-anak, gadgets, vacation and maybe like me.. "eh, ko masak ape hari ni? tgh cari ilham ni..". Then the conversation meleret-leret ke macam-macam benda lain. Silap-silap dapat dosa mengumpat pulak.. Nauzubillah.

Opssss.. tekan brek.. dah meleret ke lain pulak.

But first and foremost yang Ibu nak tekankan di sini, Orang Melayu kurang sangat menekankan budaya "membaca". Ramai di antara kita lebih suka terikut-ikut atau setakat hangat-hangat tahi ayam. Hanya disebabkan rumah orang lain ada banyak buku, kita pun nak ada jugak. Me.. sincerely.. kalau setakat nak buat kumpol habuk.. memang NO WAY. Dah la Ibu yang kena kemas, Ibu yang nak kena bawak kaum ADAM di rumah ni pi kedai buku.. errr.. cuma financial je dari Cik Asben.. so I'd rather not to kalau my boys ada fikiran yang sebegini. Thus, nanti kena fikir macam mana and kat mana nak simpan semua buku-buku tu kat rumah yang sememangnya sangatlah comel ini.

Pernah at one time Ibu buat survey.. saja dok melangok kat kedai buku Jacob. You know what, tidak ada seorang pun customer yang datang tu dari bangsa Melayu. Such a sad thing actually. Okey, you might say.. kedai Jacob tak famous. Well, Ibu pergi pulak ke kedai yang "ada nama" kat sini like "Jarir Book Store". Still the same thing. Muthana Complex pun sama kisahnya. Kedai jam, kasut, barangan kulit, eksesori.. ada je pulak terserempak dengan sipulan bin sipulan. Tapi kedai buku lengan dari pelanggan warga Malaysia especially MELAYU. Ibu pun tidak terkecuali sebenarnya sebab Ibu pun MELAYU. Kedai buku hanya jadi sasaran bila Ibu dah habis stok novel cintan-cintun. Itu pun kalau dikira purata dalam setahun.. alahai.. hurmmm..

And again I quote ;
"The only place where success comes before work is in the dictionary"
Author : Vidal Sassoon

Sudah terang lagi bersuloh.. begitu banyak "petikan" yang menyatakan betapa pentingnya membaca dan memperkayakan ilmu. Its never too late to change. This goes to me too. Mungkin sudah tiba masa dan ketika Ibu sendiri membuat perubahan. Berubah mungkin dari hanya membaca novel-novel historical romance ke jenis bacaan yang lebih berfaedah. Umur pun dah banyak ni.. elok la berhenti "berangan"

 It might not like a proper library but Arif is very proud with his special spot..

7 comments:

  1. Saya takda library, tapi 2 almari penuh buku. Sumbat dalam kotak pun ada. Satu rumah minat baca buku, kecuali orang lelaki. Depa minat TV. Adehhh!

    ReplyDelete
  2. Kak Sham mmg xda library. Buku pun x byk mana. Amsyar & Haazem cuma beli comics saja so bab storage mmg sng. Whereas Arif, dlm kotak. Cuma Cik Asben.. hurmmm..

    ReplyDelete
  3. saya kat sini selalu beli buku... Mmg dah boleh nak buat library... Kadang2 ajak juga hubby baca buku yang saya beli, tapi susah betul nak berkongsi hobby membaca dgn suami...

    Dia kata tak suka baca buku english, then saya beli buku melayu pun dia tak layan... huhuhu

    Tapi bila kita selau baca buku kat rumah, anak-anak pun akan ikut sama. Ummi pegang buku, anak-anak pun sibuk nak baca buku jugak :)

    ReplyDelete
  4. emmm books ... books ... books ... love them ...

    queue with them,(zaman undergraduate queue kat puduraya nak balik raya to berlingkar-lingkar panjangnya sempat habis separuh buku lah ...

    on the train with them (dalam bas or kereta tak boleh membaca ... pening kepala) ...

    waiting for flight ... in the plane ...

    and tidur also with them ...

    no tv no problem ...

    :)

    ReplyDelete
  5. Nur,
    Itu yg slalu Jacob pesan pd akak..
    "role model" start within family. So kalau nak anak2 kita buat benda baik, kita sendri kena mulakan.

    RLIM,

    Sham dlm train jarang dpt baca buku sbb jarang dpt seat.

    Dlm kereta ssh nk fokus sbb time tu "quality talk" dgn Cik Husband.

    Dlm flight.. yes.. tp slalu jer buku tertinggal..

    But indeed.. as long as ada buku.. xda tv pun NO PROBLEM.

    ReplyDelete
  6. saya cuba createkan mini library untuk anak2 tapi kesudahan habis buku2 bersepah, dikoyak, dibaling

    oh anak! mencabar kesabaran sungguh

    ReplyDelete
  7. Dia org kecik lagi.. belum pandai nak appreciate..
    Keep on the good spirit, the good efforts.. insya'Allah..

    ReplyDelete