Sunday, November 18, 2012

Memang salah Ibu.. tapi..

Macam mana la boleh silap ni??
Last-last hari ni Arif ponteng sekolah akibat dari silap Ibu kunci jam.

Punca kisah, Khamis lepas Ibu kena masak untuk Persatuan Malaysia-Kuwait budget untuk 100 orang. Lauk simple-simple je. Gulai daging salai dengan mangga, ikan tenggiri goreng masam manis, ulam and sambal belacan.

Dari hari Rabu malam Khamis lepas lagi Ibu dah tak cukup tidur. Pi pasar ikan dah jam 10 malam. Time tu la ikan paling murah. Dah kita nak masak untuk persatuan kena la jaga budget. Memang la duit ada, tapi kalau kita boleh jimat.. lagi bagus kan. Balik dari pasar, sambung pi Sutan Center pulak. Beli eksesori apa-apa yang patut. Sampai umah dah pass-midnight. At last tidur dah lewat jugak la.

Then operasi masak-masak pun mula jam 10 pagi hari Khamis tu. Alhamdulillah semua siap "on time".

Nanti bila lega-lega sikit, Ibu cerita pasal sambutan Awal-Muharram di Kedutaan Malaysia-Kuwait pulak.

Lepas tu pagi hari Jumaat kena bangun awal lagi. 5.30pagi dah kena bersiap-siap nak hantar anak-anak main bola kat padang Ahmadi pulak. Dah tak jadi pi mancing so dia orang counter-back dengan aktiviti lain pulak. Ingatkan boleh la "luruskan" pinggang lama sikit. Alih-alih Ibu kena pi sama sebab Arif pun nak main sama. Standard la, bila abang-abang and Cik Asben dah layan bola.. kena la ada somebody nak melayan Arif pulak kan. 

Then lepas sarapan di rumah Cik Ija, dengan solat Jumaat nyer, sambung pulak dengan lunch, dengan tak pasal-pasal anak-anak ponteng karate, dengan tumpang solat asar and maghrib nyer, sampai kena suruh makan dinner pulak.. at last malam jugak la sampai ke rumah.

Dah tu rumah macam tongkang pecah.. malam tu jugak.. basuh baju, vacuum rumah, lipat kain, and segala yang patut dibuat la. Colek sana colek sini. At last tidur lewat lagi la. Serius cakap, tak pernah Ibu tengok rumah sendiri bersepah macam malam tu. Tu sebab tak tergamak nak terus masuk tidur. Memang tak aman nak mimpi-mimpi indah nanti. At the same time, anak-anak boleh tergamak kata dia orang masih lapar at 10.00pm. Memang la Ibu naik angin tapi.. as usual.. tak sampai hati pulak bila kenangkan balik dia orang masuk tidur dengan perut berbunyi. Tu yang jam 11.30pm baru boleh kemas dapur. Siap masak lauk and masak nasi malam tu.

Bahan bukti.. kan Arif dah kena duduk tepi padang. So siapa lagi nak kena melayan dia kalau bukan Ibu.

Cerita pagi Sabtu pulak. Standard la, pagi Sabtu ada kelas karate. So kena bangun macam biasa la jugak. Tapi kali ni kena bangun sedikit awal dari biasa sebab lunch ada majlis kesyukuran dari pasangan Hajjah Noor Aza dan Haji Mohiuddin yang baru selamat kembali dari menunaikan haji hari Rabu yang lepas. Dah kebiasaan orang Melayu kan. Bawak la buah tangan apa yang patut. So knowing that its gonna be "lunch time", so Ibu masak sambal tumis udang dengan petai.

Dua orang kaum Ibu yang excited nak pi jumpa kawan-kawan.. posing dulu before pi makan-makan..

Lepas majlis, balik la rumah kejap. Tengok-tengok apa yang patut, cuci-cuci apa yang perlu. Sebab lepas maghrib nak pi pasar pulak. Stok dalam fridge dah banyak yang luak. Errr.. "luak" tu kira habis la. Balik dari pasar, godek sana.. godek sini.. settle. Time untuk masuk tidur. Itu pun mujur dinner Ibu tapau fast-food sahaja. Bukan selalu pun dia orang ni makan fast-food waktu malam.

Then boleh pulak Ibu "ter-pegang" satu novel by Bertrice Small ni. Memula tu hambar je.. sekali sampai kat this one part, mata jadi balik terang. Lepas satu page.. satu page lagi. At last terlajak tidur lagi. Then tutup lampu, paksa "pejamkan" mata dengan harapan boleh la tidur lena. Tapi dalam otak, fikir macam-macam lagi tu. Pukul berapa Ibu terlelap pun, sendiri tak tau.

Celik je mata pagi tadi.. tau-tau dah jam 7.30 pagi. Amsyar dah pi sekolah. Mujur dia tu Cik Asben yang handle.. like always la. Haazem memang tak sekolah hari ni. Exam break so tu yang Ibu confident layan mata. Tapi Arif la yang jadi mangsa. Tak pasal-pasal dia ter-ponteng hari ni. Punca, Ibu silap kunci jam. Dalam hati.. tak apa la.. hari ni sahaja. Dia pun baru LKG. Esok Ibu pi la kawtim dengan cikgu kelas Arif. Nak buat macam mana. Benda dah lepas. Hurmmmm..


No comments:

Post a Comment