Sunday, November 4, 2012

My happy thought.. selamat hari lahir Ayah..



Assalamualaikum all,

Inilah wajah kesayangan hamba.

Ramai kata muka Ibu ikut iras Ayah ada jugak kata muka Ibu ikut iras Omak.

Tapi yang pasti semua kata peil Ibu ikut peil Ayah.

Yakni, panas baran, keras kepala, tegas, garang, semua nak perfect, semua nak cepat.. actually banyak lagi laa.

Even sampaikan cikgu-cikgu sekolah rendah dulu pun dah sedia maklum.

Bayangkan laa, kecik lagi Ibu dah tunjuk bakat.. bakat mengikut jejak peil Ayah.

Since kami hanya sepasang adik-beradik, so sorang jadi anak Omak and sorang lagi for sure anak Ayah.

And Ibu dah tentunya anak manja ayah laa kan.

Sampaikan masa Ibu first cecah masuk alam baligh, Ayah jugak laa yang mengajar itu ini.

Then kalau pasal ada benda yang Ibu berkehendak, Ayah jugak laa yang akan Ibu tuju dulu.

Tho kami bukan dari keluarga senang tapi Ayah seboleh-bolehnya cuba tunaikan jugak kehendak Ibu.

Masa Ibu frust nonggeng cinta pertama (kununnya) Ayah jugak laa yang tukang pujuk. 

Dulu kalau masa birthday Ayah, Ibu yang paling sibuk.

Ayah tak pernah mintak itu ini, tapi Ibu tau dia suka.

Cuma bila usia semakin meningkat, Ayah jadi orang yang berat nak bukak mulut.

Dan sekarang bila dah tinggal berjauhan, kami jadi jauh.. bersembang di talifon pun berat.

Ayah selalu cepat-cepat pass handset ke Omak kalau Ibu yang talifon.

Tapi kata Omak, dia ada duk sebelah dengar kami sembang.

Bila balik cuti pulak, Ibu seboleh-bolehnya akan masak semua yang Ayah suka makan.

Tapi dia cuma akan kata, "Long, janganlah masak macam-macam.. siapo nak makan sumo ni?"

Tapi Ibu tahu dia suka, sebab tiap kali dia balik dari masjid, Ayah akan bukak tudung saji dulu.

Kalau bulan puasa pulak, dia lebih suka moreh di rumah dari moreh di masjid.

Tapi dia tak pernah mintak Ibu masak itu ini, cuma kalau dia berhajat dia akan mintak Omak masakkan.

Then Omak pulak akan sampaikan hajat Ayah pada Ibu.

Sama jugak kalau Ibu shopping baju raya untuk Ayah, dia akan marah kalau Ibu spent berlebih-lebih untuk dia.

Tapi Ibu tahu dia bangga sebab tiap kali abang dia puji, dia akan kata ALONG yang belikan.

Then baju atau seluar tu dia tak bagi Omak atau Bibik cuci guna mesin basuh but instead dia akan cuci tangan, sebab katanya dia sayang nanti baju and seluar cepat lusuh.

Sama jugak dia tak bagi Omak atau bibik yang gosok sebab dia kata Omak and bibik gosok tak kemas.

Tapi kalau Ibu yang gosok, memang dia tak pernah menolak.

Dan seperti tahun-tahun yang lepas, Ibu akan nangis tiap kali hari lahir Ayah.

Sedih sebab Ibu tak dapat nak sambut dengan Ayah personally.

Unlike birthday Omak yang jatuh dalam bulan Julai yang memang masa kami balik bercuti di Malaysia.

And sebab tu jugak Ibu prefer bercuti di Malaysia bersama keluarga during summer.

Sementara sihat tubuh badan dan dengan peluang yang ada ini Ibu nak bersama dengan keluarga.

Kita tak tahu rezeki kita, ajal maut.. bila-bila boleh sampai.

Dan di hari ini..Ibu ucapkan..


Selamat hari lahir Ayah..
Semoga Allah terus melindungi serta memberikan kesihatan yang baik untuk Ayah.
Dimakbulkan segala hajat dan doa, dijauhkan dari segala kesusahan serta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat kelak.
Terus diberikan rezeki yang halal serta panjang umur.

Dah laa.. tak mau tulis lagi.. dah banyak tisu yang habis ni.

Senang sangat laa pulak Ibu nangis sekarang ni..


p/s;
Ibu nak ucapkan jugak "Selamat hari lahir" pada Ayah Mertua.. Haji Md Nor B. Abdul Rahman.
(Ayah & FIL berkongsi tarikh lahir yang sama)
Semoga Ayah terus dilimpahi kurnia dan nikmat serta dilindungi oleh-Nya.
Barakah years ahead.


No comments:

Post a Comment