Saturday, November 24, 2012

Sardin.. ohhhh.. sardin..


Assalamualaikum all,

Alhamdulillah.. majlis di Kedutaan Malaysia-Kuwait hari ni berjalan dengan lancar. Semua balik dengan muka sengeh semanjang. Dapat jumpa kawan-kawan, dapat sembang-sembang. Ada satay, ada nasik dagang, ada red velvet cake, ada crepe jagung, crepe mangga, ada macam-macam. What else could you ask more?

Nanti kalau Ibu dah selesai edit gambar, insya'Allah kita sambung bercerita kat sini pulak.

Tapi malam ni Ibu cuma nak cerita pasal peil bebudak ni. Asal pi embassy jer perut kenyang.. asal balik rumah jer perut semua jadi lapar. Lapar nasik pulak tu. At last tak pasal-pasl 10 malam Ibu masih bertukang di dapur. Lauk cincai-cincai jer sebab mata dah separuh layu. Tapi demi anak-anak.. dayakan jugak.

Menu yang cukup ringkas sebab tak mahu berlama-lama di dapur. Tilam, selimut dan bantal dah memanggil-manggil tu. Tapi at last bila selesai menghidang lauk, Ibu pun tumpang sekaki jugak.

Nak tahu kenapa jadi macam tu?? Ni la sebab sebenarnya. Sardin punya pasal, tak pasal-pasal Ibu pun tumpang makan sama dengan anak-anak malam ni.


Memang berhantu betul la lauk sardin ni. Perut yang tak berapa lapar pun jadi lapar balik. Ishhhh..

p/s;
To those yang tak makan sardin disebabkan oleh "whatever reason" jangan kutuk Ibu ya. Selera masing-masing.. hatta perut pun masing-masing jugak.

Chiaww..

3 comments:

  1. Kami kat rumah tiap bulan mesti ada menu sardin. Sebab lauk sardin ni sedap! Tapi syarat kena beli yang baik sikit, jangan beli hat morah morah, sebab hanyir! hehehe

    Sardin juga saya Masak Lemak Cili Padi boh kentang. Sedap!

    Nasi panas... Perhhhhh!

    ReplyDelete
  2. Azie.. betullll..
    Buat pulak pedas2 kan.. x sedar nasik dah bertambah-tambah..

    Mala,
    Rugi la sapa x mkn sardin.. sedappp..

    ReplyDelete