Monday, November 5, 2012

Tamat tempoh hibernasi..


Assalamualaikum all,

Since that winter is just around the corner, most of us infect all the people here seems to have declared hello to "free outdoor activities" and good-bye to "hibernation". And that includes us too. Cuti hujung minggu mula dihujani dengan jemputan makan-makan. Jika tidak di rumah rakan-rakan, ada pula yang mengadakannya di kawasan pantai atau tempat-tempat riadah. Last Friday, kami ada jemputan ber-bbq di Pantai Egaila. Sememangnya pantai ni menjadi pilihan masyarakat di sini kerana pantainya yang cantik. Juga disebabkan terdapatnya kemudahan-kemudahan yang diperlukan mudah didapati di sini. 
 
Antara pot-luck serta makanan yang disediakan oleh pihak Tuan Rumah.
 

Sendiri bakar, sendiri makan..
 

Pihak Tuan Rumah serta penaja utama untuk majlis bbq kali ini..
Letih berjalan di tengah pekan..
Singgah sebentar di gerai Lukman..
Terima kasih kami ucapkan..
Atas jemputan makan-makan.

Anak Banjar memetik peria..
Anak Jawa mengupas mangga..
Inilah contoh pasangan bahagia..
Semoga kekal hingga ke syurga.




Penembak-penembak sukarela yang bertugas semasa majlis berlangsung..
 

Dua antara kemudahan yang terdapat di kawasan Pantai Egaila.




Antara hasil air tangan Cik Asben..


Orang Acheh memacu kuda..
Kuda dibeli dari Belanda..
Ayah tersenyum ibu ketawa..
Melihat anak semua gembira.

The Malaysian..

Majlis sebenarnya bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 4 petang.  Namun kami terpaksa angkat kaki seawal jam 1.30 petang disebabkan anak-anak terpaksa menghadiri kelas karate pula. Nak ponteng.. no way. Dah puas makan, dah puas main, dah puas sembang.. cukup-cukup laa tu. Lagi pun bahaya jugak kalau terlalu lama di sini. Tak sesuai rasanya jika bersembang tanpa makan-makan. Tambah bahaya bagi kami apabila menu yang disediakan terpaksuklah KAMBING sama ada dibakar ataupun sup.
 

 

No comments:

Post a Comment