Friday, November 9, 2012

Thank God I'm Fabulous.. (T.G.I.F)



Yes, Thank God I'm Fabulous..
Ada sesiapa berani mau contest itu statement?

Wahai kaum Ibu sekalian.. jangan ada di antara kamu yang berasa low-self-esteem. Jangan hanya disebabkan anda tidak lagi bekerja, tidak lagi memegang WANG sendiri, tidak lagi bergaul dengan kelompok korporat atau eksekutif.. maka anda sudah tidak lagi hebat.

Dulu pernah sekali cuping telinga Ibu tertangkap statement seperti di bawah;
“perempuan yang sanggup berhenti kerja dan mengikut suami ke oversea tu semua tak ada masa depan”.

Dusshhhh.. tepat ke muka Ibu. Sedih bukan kepalang. Down-syndrome kejap Ibu rasanya. Tapi gradually, Ibu tolak tepi anggapan negative yang satu tu. Ibu anggap itu sebagai satu ucapan atau kata-kata dari orang yang JAKI. Dengki dengan kesenangan orang lain.

Mana tak senang, duduk rumah boleh layan Fb, boleh shopping online, boleh baca online news, boleh layan novel, boleh layan youtube, boleh post gambar, doa atau apa-apa sahajalah. Even better, boleh morning coffee, boleh pi salon layan manicure pedicure or even buat facial.

Then bila anak-anak balik sekolah boleh call on delivery. Then petang hantar anak-anak pi tuisyen sambil mak-mak layan hi-tea pulak. Malam pulak, masak lebih kurang or better still ajak husband pi dine out. Wow.. what a wonderful life I’m living.

Well, that doesn’t happen to me.
Most of the house chores memang Ibu buat sendiri. Ibu tak ada bibik and never YAKIN in a BIBIK (setakat ini laa). Ibu lebih rasa yakin kalau Ibu yang buat sendiri. Walaupun penat, tapi Ibu puas hati. Rehdo dengan apa yang termampu.

At the same time, Ibu still layan buat all those things yang Ibu suka buat. Yet, anak-anak tak hantar pi tuisyen. I strongly believed kalau parents sanggup duduk sebelah dengan anak-anak masa dia orang buat revision.. itu lebih afdhal. Bab masak, Ibu lebih yakin kalau dia orang makan masakan Ibu sendiri. Walaupun setakat goreng sardine and telur dadar, tapi Ibu yakin. Bila dah kenyang.. settle. Case closed. Tambah pulak anak lelaki yang tengah membesar.. tong semua expandable kekdahnya.

Well.. itu hanya sebahagian daripadanya. Tak payah la Ibu nak cerita semua. Nanti ada pulak yang kata Ibu nak BRAG. Mentang-mentanglah ini blog Ibu kan.

Cuma yang Ibu nak emphasize-kan di sini, kepada Ibu-ibu yang menjadi Ibu sepenuh masa, jangan rasa diri anda KURANG HEBAT dari orang lain. Tugas anda di rumah tidak ada kurang hebat dan pentingnya. Tell me sincerely, pernah atau tidak anda merasakan kerja di rumah SUDAH SELESAI? It’s a multi-tasking 24/7.

Rugikah rasanya meleburkan segala penat lelah semasa mengejar segulung ijazah yang mana akhirnya sang Ibu hanya bertugas merangkap Menteri Hal-ehwal Rumah Tangga sahaja. Jika dengan pengorbanan anda, mampu melahirkan 1, 2, 3 atau lebih umat Muhammad yang berkualiti.. Ibu rasa itu satu pencapaian yang tidak ada tolok bandingnya. Pengorbanan yang tidak mampu dinilai dengan tas tangan jenama LV atau Prada, atau jam tangan jenama Tag Heuer atau Omega.

Pengorbanan anda hanya Allah sahaja yang mampu menilaikannya.

Barakah day ahead friends.

No comments:

Post a Comment