Monday, November 12, 2012

Thank you Mr. Postmen.




Alhamdulillah, sampai jugak akhirnya.

Memang ingatkan dah kena campak kat tengah padang pasir kekdahnya. Well, actually its does happens here. Kalau rajin meng-gugel, sure jumpa cerita-ceriti pasal berkarung-karung buntil surat yang orang jumpa kat tengah padang pasir. Tu semua kerja Pak-Pak Posmen sini la tu. Sebab tu ramai je yang sanggup guna courier tho lagi mahal, janji sampai.

Sebelum ni memang okey je cuma hat yang satu ni.. aduhai.. memang sengsara sungguh rasanya. Sebab.. kali ni Ibu mintak tolong my lady friend dari Tanah Malaya tolong pos-kan buku-buku yang Ibu beli dari sorang seller. Second-hand books je tapi since ini dari author yang Ibu sangat minat, tu yang dok doa siang malam.. janganlah buku-buku ended-up kena campak jugak. At least kalau dia orang hantar balik ke Malaysia pun dah kira cukup baik.

Actually, this lady friend of mine dah nak launch report ke Pos Malaysia, tanya pasal "status" buku-buku tu. Tapi Ibu keep-on mintak the lady friend delay her report dengan harapan seminggu dua lagi sampai la buku-buku tu. Reason.. macam tak berbaloi nak keep-track sebab kalau pun Pos Malaysia boleh bagi update still post office kat sini tak layan punya. Bukan tak pernah barang-barang Ibu yang M.I.A dalam kurungan dia orang. So dari sakit hati "knowing" the truth, biarlah Ibu pendamkan saja.

Then, Khamis lepas Cik Asben update bagi tau ada parcel untuk Ibu. Thus dia kata the parcel contains "books" yang Ibu tunggu sangat tu. Aduhai.. rasa macam nak melompat dah. Tapi takut bergegar lak nanti building ni. 

Well, sebetulnya Ibu cuma nak cerita pasal post system di sini saja. Tapi dah meleret ke lain la pulak. In short, sebenarnya.. post office di sini langsung tidak boleh dipercayai. Nasib-nasib la kalau barang kiriman tu sampai ke tangan recipient walaupun tempohnya mungkin sampai setahun or so. Nasib baik jugak kalau hat yang di-reject tu sampai ke tangan si sender semula. Tapi kalau senyapppp jer tu.. redho je la.

At the same time, Ibu dah mula risau ni. Macam mana la nanti Ibu nak bawak balik semua novels ni ke Tanah Malaya. Tapi masih tak serik lagi ni. Ibu still dok ngangkut reta dari Tanah Malaya ke sini as well as di sini pun terus menambah reta. Well you know about those with the books..

I always wanted a book shop just like the one in Notting Hill.

No comments:

Post a Comment