Monday, December 31, 2012

Penutup kalendar 2012..


Semua orang ada caranya masing-masing bagi menutup kalendar tahun 2012. Kami, yakni Ibu.. personally tutup akaun dengan mencabut gigi si Manja. Dah dua hari dia dok main gigi ni tapi tak putus jugak.

Geram nyer pasal, so Ibu pun buat-buat la nak tengok, nak rasa and at last dengan sekali sentap.. selamat la sudah geraham bongsu yang sebatang ni.

Dah tak sakit mana pun sebab dah sipiiiii sangat nak putus.

Well, that's was my story.

Pada semua rakan-rakan alam maya yang selalu singgah di rumah Ibu, selamat menyambut tahun 2012. Semoga tahun 2013 bakal menjanjikan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Barakah years ahead friends.

July dah nak puasa semula.. & jom beli tiket balik raya..


Sesiapa yang nak copy paste, dipersilakan.. sebab Ibu pun share dari kawan jugak ni.

Tapi tu la kan, nampak sangat gelojohnya.. belum khatam pun tahun 2012, Ibu dah mula skodeng tiket balik raya.

Tapi kan, itu kan wajib. Balik setahun sekali.. mau kan tidaknya. Kalau korang dok merantau macam kami, sure sama la jugak kut kisahnya.

And pada sesiapa yang masih belum habis bayar hutang qada' puasa bulan Ramadhan yang lepas, elok la mula dari sekarang. Insya'Allah July kita dah nak mula berpuasa semula. As well as, boleh la tengok hari-hari yang rasa boleh dijamakkan sekali puasa sunat dan puasa ganti. Tapi niat buat puasa wajib dulu, then kalau ada rezeki.. dapatlah pahala sunat sekali.

Tapi kan, punyalah Allah ni sayang dengan kita.. baru je terdetik nak buat baik.. dah dapat pahala. Tapi kalau nak buat jahat, ONLY selepas perkara berlaku barulah "markah" dicatit. Lagi mau banyak dakwa-dakwi dengan rezeki yang Allah dah bagi pada kita. Bawak-bawaklah belajar bersyukur.

Pesanan ikhlas dari Ibu sempena penutup buku tahun 2012..

Jangan tunggu last minute nak ganti puasa.. dah selesai.. senang. Dugaan Allah macam-macam. Sementara badan sihat, ada kelapangan.. buatlah seawal yang mungkin. Kita jugak yang senang nanti. Lepas dah setel bayar hutang, buatlah yang sunat pulak. Bolehlah tampal-tampal mana yang tercarik, terlopong, yang ter-ter-ter semua tu.

Semoga Allah menerima segala amal ibadat kita insya'Allah.

Sunday, December 30, 2012

Happy birthday to me..

Semalam.. sudah setahun rumah Ibu Sham open to readers. Macam-macam ada.. ikut mood la kan. Tapi memang pada awalnya Ibu sedikit hipokrit. Semua dilakukan agar tidak ada hati yang terluka. Tidak ada jiwa yang terguris.

Tapi dalam hati, Ibu masih tensi. Ibu masih tak sampai hajat. Rasa macam berdrama pulak. Di rumah sendiri masih tidak bebas hendak berkata-kata.

Sehingga cuma di penghujung tahun Ibu cuba bereksperimentasi.. ada yang sentap, ada yang terasa dan ada yang terus tembak Ibu. Tak cukup di FB, tak cukup dengan sms, email, ada jugak yang guna media lain.

Dah jenis kita tak biasa dan tak suka orang marah-marah.. sedih la jugak. Tapi lama kelamaan, Ibu mula sedar.. kenapa nak sentap kalau kau memang tak salah. Hakikatnya, manusia memang susah nak mengaku salah sendiri.

For those yang biasa tengok album masak-masak Ibu, my tag line "ada aku kisah". Well, for the Malaysian which are now residing in Kuwait mungkin biasa tengok. Yang suka, okey la komennya. Yang tak suka.. adat laa. Mana yang jujur, alhamdulillah. Tapi mana yang komen belakang tabir tu, kira harap maklum la kan.

Kuwait ni kecik, pusing-pusing kita jumpa orang yang sama jugak, kita dengar cerita yang sama jugak (ada masa ada yang dah ditambah macam-macam perasa), setakat pakai kasut, baju, seluar yang sama tu dah biasa sangat la.

Well, to make it simple.. my life, I rules. Kalau ada yang ikhlas menegur.. Ibu terima dengan seikhlas hati. Tapi kalau tegur di belakang tabir, macam mana kita nak respon kan.

Macam kata Mak Piah, jiran sebelah rumah la..

Sikit jek..

ada sedikit cemburu di sebalik "ala rezeki dia..."

ada sedikit jeles di sebalik "takde lah nak cemburukan dia.."

ada sedikit kecewa di sebalik "takde maknanya..."

ada sedikit perduli di sebalik "takde aku nak amek tau pun.."

ada sedikit berlagak di sebalik "bukan nak meninggi diri..."

ada sedikit kesah di sebalik "aku.. aku kesah?"

ada sedikit duka di sebalik "aku ok jek.."

ada sedikit terkilan di sebalik "dia lupa kut"

ada sedikit nak mengumpat bila ayat dimulakan dengan "bukan nak mengata..."

ada sedikit stalking bila "aku silent reader jek..!" LOL.






Saturday, December 29, 2012

Geng Joran..

Waaaa.. semalam kami ponteng kelas karate. Menyampaikan hajat anak-anak nak merasa sangat memancing di Port Al-Zour. Perjalanan dalam sejam dari Hawally. Kira jauh la tu.



Port Al-Zour ni setakat ni memang open tu public. Tempat cantik and selalunya rezeki pun baik. Cuma kemudahan asas langsung tak ada. Ye la, bukan tempat riadah pun. So sendiri pandai adjust la.


Penempatan sementara kami.. tahan sampai isyak jer.. lepas tu semua pakat bersurai.. tak tahan sejuk sangat. Walhal plan asal ada la yang nak bermalam di situ.


Haazem yang awalnya beriya-iya nak memancing at last cancel niat sebab lagi best main air dengan kawan-kawan. Arif pun terjebak sama. Mujur Ibu ada bawak baju spare. Kut tak, memang balik tu lencun menggigil la budak-budak tu.

 

Ini pulak bekal kami untuk operasi memancing kali ni. Macam la nak duduk berkampung di sini seminggu gamaknya. Cmana la Ibu nak sama berjuang dengan Cik Asben. Duduk layan perut kat sini lagi best. Rasa macam bazar Ramadhan la pulak. Tapi Ibu masih waras.. tengah gigih mengurang KILO ni.



Biasalah.. inilah antara yang wajib. Itu pun makan dah mula "main-main" sebab perut masih kekenyangan dengan juadah lunch. La ni jarak dzohor ke maghrib sangat dekat. Dengan keadaan fizikal yang kurang bergerak maka enjin pun slow la jugak. Tapi makan tetap makan.

Tangkap.. bakar.. makan.. best kan kan kan..


Ini budak cinonit kunun nyer nak tidur tepi pantai sampai subuh. Then sambung mancing ikan semula. Tapi at last.. "Ibu.. jom kita balik. Sejuk laa..". Ibu yang gigih menahan sejuk dengan kain selimut dan bubble ni pun tak boleh tahan jugak. Memang betullah macam ramalan cuaca, tahun ni Kuwait lagi sejuk dari tahun-tahun sebelumnya.

Sebelum bersurai..


- National Geographic -
Dapat pulak sekor penyu.. lepas balik la lepas tu.. bukan boleh makan pun..

Hasil tangkapan Cik Asben selain dari..

Dua ekor ketam yang dah selamat dikurbankan untuk santapan kami pada malam itu jugak..
Manis gilos babe..

Tuan Tanah yang kunun bersemangat juang nak join Cik Asben mancing, akhirnya terkucil dek godaan "bekal" tepi pantai.. 

- SEKIAN -





Thursday, December 27, 2012

Souk Al-Mirah.. therapy for overweight problem..

Depression overweight problem, chill out. You won't be able to solve it overnight. So, tarik nafas dalam-dalam.. lepas.. tarik.. lepas.. Enjoy the day, enjoy your life while you can.

As for me, hari ni hari suka-suki. Sure ada yang kata Ibu ni psyco. Kejap post entri tension, sebab Cik Asben kena secondment. Then suka sebab Cik Asben belanja dinner kat luar. Then sedih balik sebab berat badan naik. Ni happy balik.

Well, itu la namanya manusia. Ada perasan. Unlike robot.. keras kejung jer..

Reason, no specific reason.. just suka hati. Tapi sure ada pencetus kan. Well, semalam Cik Asben dapat off satu hari. Ye la, kan selalu Ibu cerita pasal slot-in over the weekend and our commitments. Hence, bila dapat bercuti ni, memang la best.

Lagi best kalau Cik Asben ajak buat projek terjah kat luar.

Macam hidup segan.. mati tak mahu..

Lokasi, Souk Al-Mirah. Tempat jual pinggan mangkuk dan yang sewaktu dengannya. Cuma yang terperanjat tu, bila sampai kat sana.. tengok-tengok dah macam nak tutup as in TUTUP BISNESS. Barang-barang pun dah banyak yang licin. Rak-rak barang pun banyak yang dah lengang. So, cuma cari yang "berkenaan" sahajalah. Lagi bagus kan. Kurang sikit "melencong" dari senarai asal.

Cuma as usual.. asal keluar je ke tempat macam ni, anak-anak pun lapar. Maka, Ibu terpaksalah beralah. Ambik barang, bayar.. and terus la pi dinner pulak.

Heading to..

 Makanan okey, harga okey, lokasi okey, service cepat.. so BIG OKEY..

But since we've been eating seafood, seafood and more seafood.. its rather safe to have something light. So we ordered as follows;

As ususal, wajib ada yang ini.. tom yam.. this time "fish only"..

Daging masak kicap

Ayam goreng halia

 Need no introduction..

Wajib ada.. ni yang buat janji makan nasi separuh at last habis sepinggan..

Well, it doesn't have to be any expensive or dining in luxury places. As long as you're together.. the rest doesn't matter anymore.



Wednesday, December 26, 2012

Mayday.. mayday... helpppp!!!!!


This is the thing yang Ibu paling ngeri. Tapi kena share jugak kat sini dengan harapan kawan-kawan boleh bantu bagi tips yang munasabah.

Masa musim panas, gigih KILO turun sebab dengan panas di luar, panas jugak di dalam. Selama ni Ibu gigih maintain 53.3kg. Kira okey la dengan peringkat umur dan ketinggian yang tak tinggi mana ni. Nevertheless, Ibu sangat senang hati walaupun jeans terpaksa guna belt.

Then recently bila renung-renung balik gambar diri sendiri.. uikss.. besarnya drumstick?? Pipi pun dah ada telur rebus.. hurmmm..

Ni kena buat something ni..
 
Errr.. dah 3 minggu since Ibu last timbang berat. Saja buat-buat lupa sebab sedap sangat layan tekak dan perut. Then pagi ni lepas sarapan, walhal setakat makan cereal sahaja ni.. WAAAAAA!!!! 55.3kg, naik 2 kilo dalam 3 minggu. Memang dah tak terkata dah.

Terus terduduk dan terkedu.. cuma yang boleh dikata.. padan muka sendiri. Masa makan sedap tak tau nak beringat. Ni terpaksalah on NO makanan berlemak regime semula. Sup.. sup.. dan suppppp.. dah la Ibu ni jenis wajib nasi and kuah pedas.

Ada kawan-kawan nak share tips?

Dapur tunjuk-tunjuk..

Asal cerita nak pi Carrefour jer. Dah dua malam berturut kami keluar malam tapi asyik tergendala rancangan nak beli barang dapur. Malam pertama ter-divert pi ngukur disdasha kat rumah Amir. Malam kedua makan kat Phuket. So harapnya malam ni janganlah ada masalah lagi. Tak berasap dapur Ibu nanti.

Seperti yang diramalkan, umat manusia tak ramai mana. Mungkin sebab ramai yang bercuti hujung tahun, cuti menyambut hari Natal ataupun seriau sebab kes tikam tu hari. In short, Avenues memang lengang dan tak sesibuk seperti selalu.

Kami sendiri yang mulanya macam nak cari option lain, akhirnya mengalah menghala ke sana jugak. Nak buat macam mana. Carrefour sebijik je dalam Kuwait ni.

Then bab dinner pulak. Cik Asben kata, "kita dine out sajalah". Siapa berani tolak. Rezeki tu babe. Sejuk-sejuk ni malas nak basuh pinggan mangkuk. Macam la tak ada air panas. Alasan la sangat kan kan kan..

At last lepas bertekak dengan anak-anak, kami setuju dinner di Noodle Factory. Makan tak ada la best sangat. Tapi sebab kesihan ke Haazem yang cuma makan ayam goreng atau ikan goreng sahaja, so semua terpaksa mengalah.

Amsyar dengan nasi goreng.. as usual la..

Udang masak apa entah.. boleh laaa..
 
 Tom Yam, ini jer yang best..

Ayam pandan, ambik 2 sets.. tapi tinggal ni jer..
 
Dumpling.. shrimp + chicken.. boleh laa..

Tuan Rumah..

Serously, kalau sesiapa yang sampai ke Kuwait ni.. pi la makan tempat lain. Kami ke sini pun cuma sebab kesihankan si Haazem. Dia ni wajib makan nasi. Dahh tu lauk kalau tak ikan goreng.. ayam goreng saja.

Then, ada pulak sorang hamba Allah tu rela nak ambik gambar Ibu and Cik Asben. So, bahan bukti..

P/s;
Cik Asben sengeh tengok siapa tu??
 

Tuesday, December 25, 2012

We went to Phuket

Kuwait hari ni asyik hujannnnn saja, bila hujan sure perut pun sama "melapar". Jenuh dipujuk dengan mihun goreng, tapi nasik jugak yang dicarinya. Then teringat semula ke dinner kami malam tadi.

Nak jadi kisah, malam tadi terbukak pulak hati Cik Asben nak bawak kami dinner di luar. Biasanya kalau malam sekolah memang duduk di rumah saja. Takut nanti kalau ter-khayal, anak-anak pulak jadi mangsa bila kurang tidur. Yakni, the next day sure liat nak bangun pi sekolah.

Phuket Restaurant ni located di Salmiya. Tak jauh mana pun dari Hawally tapi kawasannya sangat la sibuk. Baik malam biasa mahupun malam minggu. So atas sebab itu jugak kami jarang ke sana.

Since dah terbiasa sangat dengan makanan Thai di Kuwait City, Cik Asben cadangkan tukar selera di sini pulak. Lama jugak dah kami tak berziarah ke sini. Reason, parking susah and service sangattttttt la slow. Tapi food taste and price wise, memang sangat reasonable. Berbaloi kalau menunggu sehingga 45 minutes pun.

Shrimp donuts

Tom Yam seafood

Taugeh goreng

Ayam goreng rangup

Shrimp tempura

Nasi goreng (not recommended)

Kue Tiaw goreng

Muka-muka kekenyangan

p/s;
Gambar-gambar makanan semuanya dah separa "licin" sebab ada 3 mulut yang dah tak sabar nak "ngap". Lama sangat menunggu kekdahnya.

I'm not feeling goooood at all..


Hi all,

Bak kata Mak Piah, video di atas cuma "selingang" sahaja. It didn't portray my feeling at all actually. Infact, tidak ada sebesar kuman pun perasaan "feeling good" dalam hati hari ini.

Asal cerita, its has been roaming around for a year now that Cik Asben will be sent to the neighboring country for a.. lets not say for how long, okey. Ibu tengah sedih ni. Memula nak kena hantar ke Iran, dah pi dah pun. Then nak kena hantar ke Iran lagi, dah pi dah pun. Time pi Iran tu, sempat la kita orang menempel sama. The entire family pulak tu. Cantik gilos sana. Errrr.. detour.. detour..

So since Chairman tengok Cik Asben ni jenis yang "ngikut kata", dia kata nak pi hantar ke Saudi pulak. Visa siap tapi sampai expired tak pi jugak.. alhamdulillah.

Then, nak pi hantar ke Iraq pulak. Aiyoyoooo.. hati banyak susah. At last senyap. Cik Asben pun senyap jugak la. Then kata nak pi hantar Riyadh la, Saudi la.. semua negeri pokok kurma tu la.

Ni, up balik cerita secondment tu. Alahhhh.. suruh je la orang lain. Tak boleh ke?

Chairman panggil ramai dah, tapi semua ngelat. Masing-masing nak balik holiday la, nak bawak family la. Et cetera.. et cetera.. Sampailah dia panggil Cik Asben sendiri. Dah tu nak kata apa lagi since semua dah kata NO.

Dalam pada tu, kita orang ni dok berdoa janganlah kena pergi lagi. Buat remote dari sini sudah la.

Then, pagi ni HR call suruh bawak passport and gambar. Visa dah siap.. aduhai.. alahaiii.. sedih la woiii..

Sangat tak suka bila jadi macam ni. Kenapalah asyik Cik Asben je yang kena hantar?

Eiiiii.. tak suka la!!!!!


Monday, December 24, 2012

Little Angel Day

Hi all,

At last.. hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Jenuh menunggu sebab Ibu pun terpaksa terlibat sekali. So now, khalass. Ibu boleh laung "merdeka". No more extended school hours sebab Arif kena practise and so on. Arif pun senang hati sebab dah tak kena dera dengan soalan dari ayah "macam mana Captain Arif tu buat?".

Punca Arif kena gelar "captain" sebab dia kena dok paling depan and kat tengah-tengah pulak tu. So kira macam focus view la kan. Eceh ceh cehhhh.. Ibu pun sama takmo kalah tu. Siapa lagi nak puji anak kita, kalau bukan kita yang Ibu and Ayah dia kan.



Captain Arif in action. Performing "I like the flower". Puas dah Ibu try masukkan video tapi connection asyik kaput. Tenet tenat betul la kalau dah hujung-hujung tahun ni. Nanti kalau dah okey, kita buat la edisi ulangan pulak.

- Madam Principal -

Garang gilos dia ni, setakat driver bas bergaduh or parents (especially Pak Sheikh & Mak Arab yang gaduh pasal kes anak-anak) dia selamber jer handle. Budak-budak nakal yang kena masuk bilik dia, kalau tak nangis.. memang tak sah. Students yang kena merayu pasal kes kena halau dari bilik exam pun ramai. So "don't play-play" yek.


Ibu boleh nangis time anak-anak ni buat performance. Kira nasyid la ni, in Arabic. Sayu gilos time tu. Jenuh berseka airmata. Mujur Haazem tak perasan. Otherwise puas la Ibu kena perli dek anak. Dah "senja-senja" ni, airmata jadi rapuh sangat. Senang sangat nak nangis. Sikit-sikit nak nangis. Tapi kalau dengan anak or dengan Cik Asben, I must be firm..


The cuteness.. time ni semua parents dah mula ke depan. Berebut nak capture pics and videos. Tapi show dia orang ni memang best. The dress pun cantik. Dah tentu la Ibu ni jenis yang suka biru, so of course la kan.


Nama pun dah sekolah Pakistan so sure la ada tarian "Bhangra". Syok tengok anak-anak ni performed. The kid in the front row, and second from left is actually a Kuwaiti. Tapi dia gojet sejibik macam orang Pakistan. Memang every year pun memang muka dia sure ada dalam show ni. Kira dah favorite la.


Ibu tak ingat show ni pasal apa, but ramai la Mak-mak Arab yang sayu. Performed in Arabic, so tak banyak yang Ibu faham. The dress, memang cantik. I've been told most of the costumed being prepared by the class teachers. Pandai jugak dia orang ni bab-bab macam ni.


Arif with his class teacher. Minah Pakistan ni punyalah baik manusia. Sabar jer dengan peil anak-anak Arab yang bermacam-macam. She even comb their hair, pakaikan bedak, tuck their shirt.. macam dah bela anak sendiri pulak. Itu belum lagi jajan and all the stickers yang dia "upah" to them for any good behavior. On daily basis pulak tu.


Selamat sampai rumah dah. Sementara tunggu Amsyar sampai, kita orang lepak posing kat lobby dulu.


Tuan Tanah yang dengan begitu bangga menayang baju kurung nyer. Even masa kat sekolah tu pun ramai Minah and Mak-mak Arab yang puji, "your dress is very nice". Bangga bila orang puji "Malaysian culture is very beautiful".

Tu sebab jugak stoks baju kurung Ibu ada dalam 15 pasang dalam almari. Tak kira la summer ke winter, Ibu memang tak segan nak pakai baju kurung. Masa parents teacher meeting ke, ambik result anak ke, kenduri-kendara ke.. memang baju kurung la jadi pilihan. Errr.. ikut logik la ya.

p/s;
Actually ini cuma Part 1, concert Part 2 hari ni. But since Arif nor Haazem tak ada ambik bahagian, malas la pulak nak pergi. Revision tak habis lagi ni.