Wednesday, December 26, 2012

Dapur tunjuk-tunjuk..

Asal cerita nak pi Carrefour jer. Dah dua malam berturut kami keluar malam tapi asyik tergendala rancangan nak beli barang dapur. Malam pertama ter-divert pi ngukur disdasha kat rumah Amir. Malam kedua makan kat Phuket. So harapnya malam ni janganlah ada masalah lagi. Tak berasap dapur Ibu nanti.

Seperti yang diramalkan, umat manusia tak ramai mana. Mungkin sebab ramai yang bercuti hujung tahun, cuti menyambut hari Natal ataupun seriau sebab kes tikam tu hari. In short, Avenues memang lengang dan tak sesibuk seperti selalu.

Kami sendiri yang mulanya macam nak cari option lain, akhirnya mengalah menghala ke sana jugak. Nak buat macam mana. Carrefour sebijik je dalam Kuwait ni.

Then bab dinner pulak. Cik Asben kata, "kita dine out sajalah". Siapa berani tolak. Rezeki tu babe. Sejuk-sejuk ni malas nak basuh pinggan mangkuk. Macam la tak ada air panas. Alasan la sangat kan kan kan..

At last lepas bertekak dengan anak-anak, kami setuju dinner di Noodle Factory. Makan tak ada la best sangat. Tapi sebab kesihan ke Haazem yang cuma makan ayam goreng atau ikan goreng sahaja, so semua terpaksa mengalah.

Amsyar dengan nasi goreng.. as usual la..

Udang masak apa entah.. boleh laaa..
 
 Tom Yam, ini jer yang best..

Ayam pandan, ambik 2 sets.. tapi tinggal ni jer..
 
Dumpling.. shrimp + chicken.. boleh laa..

Tuan Rumah..

Serously, kalau sesiapa yang sampai ke Kuwait ni.. pi la makan tempat lain. Kami ke sini pun cuma sebab kesihankan si Haazem. Dia ni wajib makan nasi. Dahh tu lauk kalau tak ikan goreng.. ayam goreng saja.

Then, ada pulak sorang hamba Allah tu rela nak ambik gambar Ibu and Cik Asben. So, bahan bukti..

P/s;
Cik Asben sengeh tengok siapa tu??
 

8 comments:

  1. Dulu kalau asben ajak makan kat luar, mama firas la paling terkinja2 keriangan sebab bleh cuti masak. sekarang bila firas dah makin tak duk diam, asben ajak mkn kat luar pun anis rela tolak. tak sanggup nak makan sambil kejar2 firas....hohoho

    ReplyDelete
  2. mak aih tu kasut buat kita takleh tido malam laaa... sedondon ngan baju! jeles.. mak jeless...

    ReplyDelete
  3. Luv your red coat kak... sgt cantik...

    ReplyDelete
  4. Tettttt..
    Markah bonus utk Kak Tek..
    Alahhhh Kak Tek,
    Kasut cap ayam jer.
    Bkn slalu nak matching2 mcm tu..


    Trima kasih Sue.

    ReplyDelete
  5. Anis,
    Akak dah puas mkn sambil berlari, ataupun mkn ikut turn.. ni jer baru nak aman sikit. Tp bila dh pandai bercakap ni, lain pulak penyakit.. pandai pulak demand nak mkn itu ini.. walhal mkn nyer sejemput jer. Main yg lebih..

    p/s;
    Tu sbb mkn kat rumah lagi kenyang. & safe duit..

    ReplyDelete
  6. Suka tengok kot merah Syam yg sedondon dengan flat shoes tuh!

    ReplyDelete
  7. kak shamku intan payung,

    noodle factory nie memang kureng sikit.
    yang best kat sini ada noodle house (kat dubai pun ado gak) ke kat kuwait ada jugak?
    ada 3 orang chef Malaysian!
    walaaweeiii..
    kalau rindu mee malaysia boleh la layan kat sini.

    p/s: handsome cute miut baju merah akak tu.. me yong nak bisik sikit 'beli kat maneer?' teringat citer Red Devil Wearing Prada.. ahakss..

    ReplyDelete
  8. Yonggggg..

    Meh akak nak bisik2 sikit..
    Beli kat Sears jer.
    MAX pun ada tp nipis sikit, tp design sejibik..

    ReplyDelete