Saturday, December 1, 2012

Cerita pasal masak..


Assalamualaikum all,

Inilah punca cili api cepat habis di rumah ni. Lauk cincai-cincai tapi tetap nak pedas. Budget memang tahap paling minimum. Setakat 1 tray tauhu basah, boleh la setakat dalam RM7.00 satu tray. Kalau nak kira memang la mahal, so janganlah di-convert semua ke RM, gamaknya memang makan lauk telur je la nanti. Tapi gulai telur dengan mangga pun best jugak kan.. blink!!

Sebenarnya lauk ni lauk favorite Ayah. Tiap kali makan, sure teringat ke dia. Sedih la pulak. Lama dah tak masak untuk Ayah. Alahai.. drama Korea la pulak.. Cuma Ayah prefer kalau ditambah petai. And since petai "barang kawalan" so kena berhemah menggunakannya.

Nak cerita pasal petai, Ibu baru je beli petai dari Booby minggu lepas. Sekilo 7KD. Try la darap 11. Meraung woo.. Yang stok dari Tanah Malaya, semua dah habis guna. Bayangkan, betapa ganazzz kami di rumah ni makan petai. Mentang-mentanglah boleh beli dari Bobby. Tapi harga memang macam tu la.

Dulu cuma 4.5KD sekilo, tapi semenjak Thailand asyik musim hujan ni.. semua barang jadi mahal. Tapi nak makan punya pasal kan.

Boleh kata, memang family ni kalau bab makan, memang macam tu la. Bab makan memang kita orang susah nak kedekut a.k.a berjimat. Tapi bila balik Tanah Malaya, tak la pulak meroyan nak makan macam-macam. Tapi bila di sini, sampaikan pucuk paku pun kami order. Isshhhh..

So itu lah kisahnya.. dari cerita cili api, tauhu basah, lauk telur, pucuk paku at last meleret sampai ke petai.

Selamat cuti-cuti sambil makan-makan friends..

2 comments:

  1. Assalamualaikum Sham,

    ziarah MP di jamu kerutup ayam, ziarah Sham jamu tahu berlado ...

    ... AlhamduLillah

    :)

    ReplyDelete
  2. W'salam REAL,
    Hanya setakat itu yg Sham mampu.
    Hat canggih manggih.. setakat pandai makan saja.
    Janji konyang.. joki totap joki..

    ReplyDelete