Wednesday, December 19, 2012

Pentingkah sarapan?


Semua orang kata sarapan tu mustahak. Me, sejujurnya makan bila lapar saja. Tapi bila makan sure mencarik nasi jugak. Biar pun setakat nasi sejuk and lauk malam tadi. Tapi kalau dapat hat yang fresh, lagi la best kan.

Btw, cerita pasal sarapan.. pagi ni re-cycle mode. So.. walla.. nasik goreng la jawabnya. Partner, sambal sardin with belimbing buluh. Alhamdulillah, Cik Asben makan dengan senyum meleret. Sardin tu babe..

Well, tak rugi kita cerita sikit pasal sarapan. Penting ke sarapan ni? 

And so hasil gugel hari ni kata;

Sarapan adalah sajian yang paling penting untuk memulakan hari anda. Sarapan yang mempunyai nutrien seperti vitamin, mineral dan protin boleh membuat banyak perbezaan terhadap paras tenaga anda. 

Tabiat sarapan yang baik.
-Bersarapan dalam tempoh 30 minit selepas bangun
-Masa sarapan yang baik adalah antara 7.00 pagi dan 8.00 pagi
-Jangan bersarapan dalam keadaan anda sedang bergerak. Sebaliknya, berikan diri anda masa untuk menikmati sarapan anda dalam keadaan yang tenang.

My most humble "sarapan" for this morning..

In short, sarapan penting pada Ibu sebab Ibu nak kena buat kerja macam-macam. Tak cukup tenaga, ada la yang menggigil nanti.

7 comments:

  1. sarapan selepas bangun 30 menet? mak aih. cek dah bukak mata, menonggeng sat 15 menet.... bertapa lam toilet 10 menet... solat 5 menet je... habis dah 30 menet.. bekfes lom buat apa..
    your humble bekfes looks luxury la Sham.

    ReplyDelete
  2. Tu la psl, mcm x sompek jo..
    Ni bajet oghang ado bibik buleh la, tp yg sumo buek sendiri.. mano sompek??

    Luxury.. indeed.. sobab sardin mmg under list brg kawalan. Sebulan sekali jo.. unless ado kaum nak balik kg, buleh la kirim extra 3-4 tin.

    ReplyDelete
  3. Sham:

    Helemeeeeeeeekkkk...sambal sardin. Sardin adalah mende yang dicatu ..lol.

    Makan nasik adalah sarapan yang paling best. Seharian dah settle. Bu leh makan light light lunch dan dinner.

    :-)

    x MP.

    ReplyDelete
  4. Yes MP,

    Perut kita mmg sepesen.
    Bila perut dah "berat" sng nak kira2 buat hal lain pulak.

    Sardin.. mahalnya sampaikan dgn anak2 pun nak berkira, yakni "membazir" langsung tidak dibenarkan sama sekali. Especially kalau sardin cap ayam. Kan kan kan..

    ReplyDelete
  5. anis selalu bekfes jam 9 pagi ke atas. kalau makan awal sangat, perut mudah meragam la pulak

    ReplyDelete
  6. kalau nak slim memang kena breakfast ontime. :)

    ReplyDelete
  7. Alahai BTK,
    Patutlah sampai ke la ni akak x jugak kurus2. Disiplin mkn x menentu.. huhhhh..

    ReplyDelete