Friday, December 21, 2012

Step-by-step (mi kuning) - EDITED

Hi all serta salam hari Jumaat yang Barakah,

As promised, kali ni Ibu nak share cara-cara membuat mi kuning. You might find it rather a bit different from the rest. Kalau gugel "my resepi" ke etc, cara dia orang maybe a bit different. Tapi end result masih sama.

ME, tak pandai nak ajar orang unless one-to-one. So harapnya, Mak Piah, Anis, Mala, Yong dan Qies serta sesiapa yang sudi belajar cara-cara membuat mi kuning ini faham dengan proses dan langkah-langkah yang Ibu tunjukkan di sini. Nak buat video, belum pandai lagi.

Well, selamat mencuba..

Bahan-bahan;
500 grams tepung gandum
205ml air
* 1 kilo 410ml air (logik)
Sedikit pewarna kuning
* pada yang alahan pada pewarna, bolehlah gunakan serbuk kunyit
Sedikit garam - jika suka
1 sudu teh air abu atau air kapur
Sedikit minyak
Air secukupnya untuk merebus


Cara-caranya;


1- Campurkan air abu/air kapur ke dalam air dan letakkan sedikit pewarna kuning dan sedikit garam dan kacau sehingga sebati. Kemudian tuangkan ke dalam tepung yang telah diletakkan dalam mangkuk adunan.

* fungsi air kapur/air abu adalah untuk mengenyalkan mi kuning. So takda la rasa macam macam "tepung" sangat.


2- Diuli sehingga menjadi adunan tetapi adunan mi kuning agak kering dan bukan seperti membuat doh karipap. Untuk memudahkan proses, kepal-kepalkan adunan.


Gelek guna nombor 1

Gelek guna nombor 5

3- Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam mesin pasta pada no1. Jika adunan berderai jangan risau, ulangi proses yang sama sehingga adunan bersatu. Sila lihat gambar. Terus gelek kepingan sehingga mendapat "nipis" yang dikehendaki.

* Ibu prefer guna nombor 5.
* & lagi panjang kepingan mi kuning, lagi cantik hasil mi kuning itu nanti (optional).


Hasil selepas digelak dibahagian "pasta"

4- Akhir sekali masukkan kepingan mi kuning ke bahagian "pasta". Setelah selesai digelek, pindahkan ke dalam bekas yang sesuai. Untuk memastikan hasil lebih cantik, jangan tindihkan satu adunan dengan adunan yang lain.

* Sementara itu bolehlah didihkan air lebih kurang 2liter (logik) dan campurkan sedikit minyak.


Direbus di dalam air panas yang dicampurkan dengan sedikit minyak

5- Apabila air telah mendidih, masukkan adunan. Sementara di dalam air, leraikan dengan garfu agar mi kuning tidak melekat. Setelah itu angkat dan toskan. Ulang proses sehingga habis semua kepingan mi kuning.


- End-result -

6- Masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Sekali lagi, "minyakkan" mi kuning tadi. Sambil itu leraikan jurai-jurai mi untuk hasil yang lebih cantik. Biarkan sejuk dan bolehlah digunakan/dimasak mengikut citarasa masing-masing.


P/s;
- Ibu tak bilas dengan air sejuk selepas diangkat dari proses merebus kerana Ibu prefer mi kuning lebih kental.
- Tapi kalau jejari runcing tak tahan dengan "panas" eloklah dibilas dengan air sejuk sahaja. Kemudian diminyakkan sekali lagi.


Alang-alang dah ada stok mi kuning, so Ibu lajakkan la buat mi hailam untuk breakfast merangkap lunch sekali. Errrr.. kalau boleh bertahan laa.

And.. udang tu semua comel-comel sebab guna hat belen Cik Asben buat umpan mancing. Tak baik membazirkan..


13 comments:

  1. rajin rajin... keep it up... kalau saya le.. baik beli yang dah siap masak.. hehehe.. :P
    dasar pemalas... *_*

    ReplyDelete
  2. Adik manissss,
    Sini mana ada jual mi kuning mcm kat sana. Kalau nak, memang kena buat sendiri la.

    p/s;
    Kalau guna spaghetti anak2 akak kurang melayan la pulak.

    ReplyDelete
  3. oo org arab tak makan mee ye?
    sini mee kuning ka.. putih ka... mee siam ka.... sardin ayam brand, kari alagappa... semua ada... kicap kipas udang je takde.
    kalau ada resepi kicap kipas, jgn lupa share ekk... jasamu dikenang.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Kak Tek,
    Tgh cuti pun sempat ber-blogging lagi.
    Wushhhh.. manyak syiok la kalau itu mcm. Kompom meriah idup.
    As per kicap kipas udang, can't do much la. Kitaorg pun smuggle berbotol-botol dr Tanah Malaya.
    Maklum jer la Tok Sheikh ingat "botol arak". But once kata "we're from MALAZI" suma ok..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Sham,

    wahhh ... ni nak tunjuk kat emak lah care buat mee kuning ni ... insyaAllah she sure try punye ...

    thank U, thank U ...

    ... :)

    ReplyDelete
  6. Alaikum salam wbt,
    Semoga ilmu yg dikongsi di sini dpt menfaatnya utk semua.

    ReplyDelete
  7. Sham:

    Ya habibty..ente heluwa!!!.
    nanti ada izin dan rezeki MP akan buat dan akan membongkak di blog.:p
    * dah order air abu dari bumi Msia*

    Akan MP panjangkan ilmu dari Sham yang satu ini.

    x MP

    ReplyDelete
  8. Dearest MP,
    Harus MP meriak & UP satu entri bila dah siap mi kuning mu itu kelak.

    p/s;
    Akan ku tunggu, hingga tiba saat itu.. nyanyi sikit..

    ReplyDelete
  9. Kak Sham,

    Lebiuu la!
    Esok-esok kita kasi buat mee curry nyonya

    ReplyDelete
  10. Ala Yong... Yongggg..
    Antar semangkuk tuk akak..

    ReplyDelete
  11. thanks kak...lap u! err mesin pasta tak der la plak. nak kena pi beli dulu baru bleh try buat. teruja nak buat ni...sah sah halal kan. kat kedai belum tentu. berapa lama mee ni tahan kak? simpan dalam peti ker?

    ReplyDelete
  12. Anis,
    Biasanya kalau lps simpam dlm tupperware kedap udara dlm fridge, dlm 10 ari pun tahan.

    ReplyDelete
  13. saya dah buat tapi tak tahan lama. kena letak bahan pengawet ke?

    sesiapa nak kesihatan optima jemput ke blog saya.

    shafeezamasayu.blogspot.com

    ReplyDelete