Tuesday, December 18, 2012

Zon bebas TEPU..

Hi all,

- Iklan -
Zon Bebas TEPU

Oksigen memang baik untuk otak. Especially yang dah tepu atau mula nak tepu. So boleh kata terapi HIJAU yang just recently itu sangat la berkesan. Harap-harap bekalan oksigen ke otak ni boleh la bertahan at least sampai ke hujung tahun. Banyak projek nak kena buat ni. Rasa macam tak cukup dua tangan pulak kekdahnya.

Tu ari kan Ibu ada buat mi kuning tapi sebab dah terlebih air so mi jadi patah-patah and pendek-pendek. Memang pendek nafas jugaklah bila Ibu tengok hasil yang sedemikian. Tapi petang semalam Ibu buat lagi, sebab Vit R tengah banyak ni. Buat 1/2kilo jer. Janji lepas hajat. Partner pulak dengan kuah kari.

Walla.
Kenduri mi kari la kami malam semalam. And since ada pulak stok kue tiaw basah dari Bobby, so Ibu bagi option. Ikut suka masing-masing la. Adjust ikut tekak dan perut sendiri. Dan yang paling penting azam penghujung 2012, makin menampakkan hasil. Fridge dah mula nak mengosong. Gerobok stok makanan pun sama jugak. Tepung yang dah berzaman pun mulai menyusut. Aiwahhhh.. Ibu sangat suka hati.


Memula Ibu nak share gambar mi kuning 1/2 kilo yang telah selamat dan sedia untuk dimasak. Setakat banyak ni, sekali makan jer habis..

Then, mi kari yang sedia untuk dimakan

Kue tiaw kari, opted by Amsyar

Okey sangat la tu kan. Ni nak bagi semangat untuk diri sendiri ni. Lepas ni nak godek-godek lagi fridge tu. Tengok-tengok apa yang boleh diprojekkan lagi.

Adios friend.

6 comments:

  1. rajinnya kak sham buat mee kuning sendiri. Nak kena guna alat khas ke utk buat mee tu?

    ReplyDelete
  2. kaksham,
    letak la resepi mee kuning dgn cara-cara buat :-)

    ReplyDelete
  3. Sham:

    Sila buat entry khas untuk membuat mee kuning. Step by step. Pleaseee...

    Kesianlah kepada patik yang tiada mendapat bekalan di tanah gersang.
    * background muzik lagu lama...
    ..."Tuhanku..aku hilang bentuk..kembara di tanah asing.."

    X

    ReplyDelete
  4. Anis..
    Guna mesin pasta jer..

    Mala & MP,
    Both kita sayang ketat2..
    Nanti lepas mengarang & ambik gambar step-by-step.. akan ku UP satu entri..

    p/s;
    Kena beli tepung lagi la ni.
    Skima umah orang x reti buah kuih.
    So tepung mmg x masuk list wajib ada laa.

    ReplyDelete
  5. Yes .. step by step
    Kak sham..
    Kak sham ..
    Kak Sham..
    Thank You ;-)

    ReplyDelete
  6. Baik.. saya yg menurut perintah..

    ReplyDelete