Thursday, January 31, 2013

Combo meal.. nasi goreng kangkung.

Pagi Khamis.. ada la dua tiga jam rehat sebelum nak berperang di dapur. Petang Khamis ada KAFA so macam biasa Ibu kena masak extra. Tapi hari ni Ibu kena masak double extra sebab ada seorang Hamba Allah berhajat nak makan "sesuatu". Orang kalau dah mengandung ni selera macam-macam.
 
Sejujurnya, I don't believed in superstition. Yakni ada orang kata (contoh) mulut baby asyik keluar air liur sebab masa ngandung Ibunya terkilan nak makan something. Tapi dah orang mengandung kan.. sampaikan sajalah hajat orang tu. Bukan susah sangat pun. I know how it feels bila berhajat SANGAT nak makan sesuatu tu. Been there done that. Mujur tak mintak yang ngarut-ngarut.


Sementara tu, nak jimat masa, Ibu masak sajalah yang seringkas mungkin hari ni. As long as Amsyar kenyang.. itu yang mustahak. Menu Haazem and Arif senang je nak prepare. Nasi putih and ayam goreng.. khalass.

Since sayur semua baru sampai malam tadi, semangat nak makan yang hijau-hijau la hari ni. So, there you have it.. combo meal nasi goreng kangkung. Complete with ulam, telur mata, ikan bilis goreng and sambal belacan.

P/s;
Sementara tunggu anak balik sekolah ni, masak sensorang.. layan sensorang.


Wednesday, January 30, 2013

Kari ayam.. multi purposes..

Anak cuma tiga orang tapi ragam makan macam-macam. Kalau bab makan memang selalu ada problem. Ada masa ibu layan.. ada masa Ibu boh-layan. Macam minggu ni, kakak kembo datang ziarah so memang dengan emo yang turun naik and Ibu jugak malas nak spent too much time di dapur.

Like today, Ibu masak kari ayam sahaja as main dish. Suka makan banyak, tak suka makan sikit. Tapi alhamdulillah semua kenyang. Tak ada banyak dakwa dakwi.


Yang tak nak makan dengan nasi, roti canai boleh je jadi pengganti. Lebih dari tu.. sendiri la berkreativiti. As long as perut dah kenyang, kuranglah ngada-ngada nak itu ini.

As for Ibu pulak, janji nak makan sikit tapi at last makan dua kali jugak dengan full-portion. Nak buek camano? Dengan siap ulam kacang botol, sambal belacan and telur dadar.. haishhhh..

p/s;
Kalau KILO naik lagi, bertabahlah wahai hati..

Words have Wings..

A lady friend sent this to me just to boost my spirit. You know what they say about Wordless Wednesday. So here, I'm sharing it with you.

 p/s;
Barakah day ahead friends..

Tuesday, January 29, 2013

Piramid or P.Ramlee??

Pagi ni Kuwait hujan. Bukan hujan renyai-renyai tapi HUJAN. Hujan macam kat Malaysia. Mujur kalau tak banjir sebab sini tak ada proper sistem perparitan, longkang or whatsoever macam kat sana. Meresap dalam tanah je la kut.

And both Haazem and Arif dok sengeh all the way pi sekolah sebab dia orang ada "payung". Alahai.. bawak payung pi sekolah pun kagum.

Btw, kan recently Haazem kena denda seminggu sebab buat perangai.. well so fortunate of him. Dua hari berturut dia dapat full marks for monthly test and 1 cop mohor "well behave student" resulting denda yang seminggu tu semua kena revoke. Well.. di rumah ni, such practice memang biasa kita orang buat.

Example :
1 full marks on quiz : potong 1 hari
1 full marks on monthly test : potong 2 hari
1 cop mohor "well behave student" : potong 3 hari
1 whole day solat on time : potong 3 hari

Senang kan kan kan..

Then semalam Ibu bagilah Haazem and Arif layan youtube cerita upin ipin semula. Tajuk "Kenangan mengusik jiwa" kut. Lepas tu dia orang dok pakat tanya Ibu, siapa Aziz Satar, siapa P. Ramlee, kenapa tiba-tiba cerita tukar jadi black and white and so on.

Jenuh la pulak nak menjawab.. so Ibu pun bukaklah cerita P.Ramlee. Alahhhh.. yang hat Seniman Bujang Lapok tu. Ya Rasullll... beriya budak ni gelak. Sampai keluar air mata.

Sebenarnya bukan tak pernah bukak pun tapi cuma mungkin baru sekarang nak "faham". Yang si Arif, dia tengok Haazem dok gelak.. dia pun gelak la jugak. Ibu berani jamin dia tak faham satu benda pun tu.

Then just now before nak pi sekolah Arif pesan ke Ibu.. "balik nanti Arif nak tengok cerita PIRAMID lagi ya..". Blur.. Then dia ulang statement yang sama. Ibu still jugak blur. At last Haazem tolong explain.. "bukan PIRAMID.. P.RAMLEE la Arif".

Ya habibi.. jauh nyer la melencong. 

So, siapa yang salah ni? Ibu dan Ayah or anak-anak yang tak pernah ambik tau pun sejarah cerita-cerita wajib tengok ni. Itu baru P.Ramlee. Bayangkanlah kalau orang tanya pasal our first Prime Minister, Malaysian National Day, hero-hero Tanah Malaya etc. Ditakdirkan kami terpaksa balik sana dalam masa terdekat, jenuhlah budak-budak ni nak sumbat segala input baru dalam otak pulak. Tho' otak budak-budak macam "span" still makan masa jugak kan.

Sementara tu, Ibu and Cik Asben kenalah ambik initiative on something what should be done with our kids. Tak tahu semua, at least.. sikit-sikit nak jugak tahu kan.


Merangkap dinner untuk malam tadi pulak, ada orang tu terlebih rajin buat cili boh. So kenduri asam pedas ikan merah la kami anak-beranak.

Alhamdulillah..

Monday, January 28, 2013

Eiiii.. malu.. nampak KETET..

Last Friday we decided to skip kelas karate. Its not because Haazem and Amsyar dah habis exam, but my poor baby Amsyar penat sangat. With the monthly test, KAFA test and definitely as well as the karate classes from Friday to Monday (non-stop), masuk tidur jam 11.30pm bangun jam 5.30am, with no nap time.. mujur dia tak pengsan. Tambah pulak we had to get some few things for school.

Location.. Sutan Centre Souk Sharq. Once we're there sure budak-budak ni nak lepas geram. Apa lagi kalau bukan fast-food. Was my cooking that bad.. errr... drama la sikit.

Amsyar had Hardees, Haazem with steamed rice and fish fillet and Arif ordered for mini sausages from Nathan kids meal. Then dapatlah dia toys macam dalam gambar ni. Cuma masa baru dapat tu, mamat ni masih ada baju. Tapi lepas few days dok kat rumah ni, adatlah kan kalau kena modify tu kan.

Then, malam tadi Ibu dengar budak-budak ni dok gelak beriya sampai berguling-guling atas katil. So Ibu pi la skodeng.. rupanya mamat (whatever the name is) dah tak ada baju. Then Arif and Haazem dok gelak kata "eeiiii.. malu.. nampak KETET dia". Arr.. sila baca dengan back-spell ya.. dalam hati saja.

Gosh.. ingatkan apa sangat laa. But come to think about it.. kalau benda ni pun dia orang dah separa pengsan dok gelak, just wait until they enroll for the puberty class. Blink blink!!


While for dinner.. last night since semua masih kenyang makan nasi during lunch so we had something light. And Amsyar asked for kue tiaw sup. Cuma kali ni no telur separuh masak goyang inul. Kerap sangat makan telur pun tak bagus jugak kan kan kan.


Ini pun sebenarnya 2 in 1 punya cerita. Sup sayur untuk Ibu then for Amsyar tambah sahajalah kue tiaw.

Setel bebeh.. khalass..

p/s;
Arif and Haazem terpaksa jugaklah goreng chicken fillet.

 

Saturday, January 26, 2013

Sayangkan anak.. tangan-tangankan..

Mungkin dia orang ni saja nak duga Ibu. Maklum sajalah, Ibu sekarang ni terpaksa sibuk lebih sikit dari biasa. Dan mungkin jugak sebab sebetulnya memang dia orang ni dah rindu tahap gaban dengan si ayah.


Mungkin sebab tu jugak, macam-macam perangai yang dia orang buat. Ini termasuklah tidur lewat, tak nak pi sekolah, asyik nak pi keluar main saja, buang-buang shampoo dan mandian dalam toilet etc.

Tapi bukan semua, cuma Haazem and Arif saja. Cikgu Besar dah tentulah si Haazem. Ada je benda yang dia nak bagi darah Ibu mendidih. Sekali dua, bolehlah bertahan lagi. Tapi kalau Ibu dah jadi Tarzan pun dia masih boleh sengeh-sengeh.. mana boleh tahan.

As far as Ibu tak suka naik tangan tapi at last kena jugak sedas dua. Nangis la jugak, tapi lepas tu dia buat lagi. Adoiihhhh...

So darikan Ibu yang pedih tangan.. so Ibu denda cara lain. No cartoon, no youtube, no cd, no games for a week. Terus aman.

Kids today.

p/s;
Dinner simple je malam ni. Angin tak berapa baik so hasilnya as simple as ayam goreng kunyit.

Friday, January 25, 2013

Jom berangan..


Dialog suami isteri di dapur

Isteri : Aih? awal bebeno abang balik hari ni?

Suami : Mestilah, kan abang dah janji nak tolong Humaira masak hari ni kan? hari ni kita nak masak ape ye?

Isteri : Kita masak tomyam lah! mesti syok gile.. ok tak?

Suami : Beresss! tomyam nak yang pedas.. meletuppp punya!

Isteri: Hehe.. terima kasih abang sebab selalu tolong Humaira masak kat dapur ni.

Suami : itu dah jadi salah satu tanggungjawab abang untuk membantu isteri kat dapur. Takde hal la...hehe.


Ini sebenarnya cuma petikan dialog yang Ibu jumpa di wall seorang sahabat. Tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Cuma pada Ibu, menolong si isteri tidak perlu hanya dengan memasak bersama di dapur. Ia jugak boleh dilakukan dengan tugas-tugas lain seperti cuci toilet, melipat kain, buang sampah (banyak yang boleh ditolong sebenarnya).

At the same time, membantu anak-anak melakukan revision, homework dan sebarang tugasan yang berkaitan dengan pelajaran jugak sebenarnya sebahagian dari tugas rasmi si isteri.

Maka, tak perlulah be so typical hanya dengan membantu "di dapur". Be more creative. As long as ia boleh meringankan tanggungjawab si isteri.. why not.

As for the wife, janganlah pulak demand sangat. Kita tak tahu macam mana keadaan suami kita semasa di tempat kerja. Tambah dalam keadaan sekarang, ada masa kita terpaksa redha dengan apa yang ada. Believe me, the moment you sign your resignation letter, beratur lagi yang nak that said position.

So, compromise. Tak puas hati, cakap elok-elok. Jangan la main perli-perli or jerit-jerit dari dapur. Bad example for the children as well as "buku akaun sebelah kiri".

Enough said..

BTW, mi hailam tu menyampaikan hajat Amsyar malam tadi. Dia teragak nak makan. So sebelum dia pi Solat Jum'ah tadi, Ibu sempat la jugak buat untuk dia. Khalass sehingga ke titisan kuah yang terakhir. Alhamdulillah.. 

p/s;
This reminder goes to ME too..

Thursday, January 24, 2013

Yang masam-masam itu penawarnya..

Kesihatan Ibu tidak begitu baik sehari dua ni. Mungkin sebab terlebih penat, kurang tidur dan mungkin jugak demam rindu pada Cik Asben. Makin tua ni makin bertambah sayang la pulak..

Cuaca jugak tidak begitu baik. Walaupun sejuk dah semakin kurang tetapi dah nak kena kan. Sudahnya, makan-makan pun terbantut. At last meggi goreng tomyam diharap mampu jadi penyelamat. Time macam ni selain dari sup, yang masam-masam jugak baik untuk menaikkan selera. Well.. in this case selera Ibu la.


Tapi tak jugak.. selang dua jam kena lapor diri sebab tekak dah rasa loya. At last..


Anak-anak yang makan beriya sebenarnya. Ibu dapat seruang ikan tenggiri tu terus surrender. Tekak dah tak boleh nak masuk lagi. Macam Cik Asben selalu kata "cannot go anymore". Errr.. sila sebut dengan tune loghat Kelate ya.

Cuma yang Ibu dok berselera, goreng sayur pucuk paku dengan kuah kicap cili padi yang memang Ibu sengaja buat extra MASAM.

p/s;
Goreng pucuk paku tak sempat nak posing sebab Amsyar dok sakan meratah.




12 Rabiulawal 1434.


Assalamualaikum wbt para pencinta kekasih Allah sekalian.

Artikel ini akan membentangkan 11 fakta unik berkaitan Rasulullah saw dari hadis-hadis bertaraf sahih yang dipetik daripada Kitab Syamail Muhammadiyah Imam Tirmizi.

1. Rasulullah bersandar dengan sisi kiri tubuh beliau diletakkan pada sebiji bantal. (Hadis 126, Syamail Muhammadiyah)

2. Rasulullah tidak makan sambil bersandar (Hadis 128 dan 135, Syamail Muhammadiyah)

3. Rasulullah tidur sehingga berdengkur halus. Baginda selalu berdengkur ketika tidur. (Hadis 248, Syamail Muhammadiyah)

4. Tangisan nabi berbunyi seperti air yang sedang menggelegak. (Hadis 308, Syamail Muhammadiyah)

5. Rasullullah pernah diundang makan roti gandum dengan lemak basi. Baginda memenuhi undangan itu. (Hadis 319, Syamail Muhammadiyah)

6. Bau peluh rasulullah lebih wangi daripada minyak wangi. (Hadis 331 Syamail Muhammadiyah)

7. Rasulullah tidak pernah sekali pun menggunakan tangannya buat memukul kecuali dalam jihad. (Hadis 334, Syamail Muhammadiyah)

8. Apabila seseorang bertanya ataupun meminta daripada Rasulullah, baginda tidak pernah berkata “Tidak”. (Hadis 338, Syamail Muhammadiyah)

9. Nabi sangat pemalu. Lebih pemalu daripada gadis perawan di bilik hiasnya. (Hadis 344, Syamail Muhammadiyah)

10. Antara nama lain Nabi Muhammad adalah Ahmad, Al-Mahi (penghapus kekufuran), Al-Hasyir (yang mengumpulkan), Al-Aqib (yang mengakhiri). (Hadis 352, Syamail Muhammadiyah)

11. Baginda tidak pernah makan roti dengan daging kecuali bersama orang lain. (Hadis 361, Syamail Muhammadiyah)

Bak kata pepatah, ‘Tak kenal maka tak Cinta’. Mudah-mudahan perkenalan yang sedikit ini mampu meningkatkan cinta kita kepada Baginda dan membuahkan amal kemudiannya. Insyaallah.

p/s;
Hanya memanjangkan sesuatu yang dirasakan berfaedah untuk bahan bahan rakan-rakan yang lain.
Selamat menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1434.

Wednesday, January 23, 2013

For sure..

Lama sudah kami tidak menyambut ulang tahun perkahwinan "berasingan" seperti hari ini. Namun atas tuntutan kerja dan rezeki anak-anak serta keluarga.. kami redha. Tambah pula dengan kemudahan teknologi seperti hari ini yakni semudah di hujung jari.. kuranglah kesedihan yang dirasakan. Buat Cik Asben..


p/s;
I love you..
Forever.. for sure and for certain
Happy 14th anniversary sayang..

Tuesday, January 22, 2013

All with LOVE..

Today is a big day for Amsyar. Hope everything will be okey then. Just like me, Amsyar too suka layan blog masak. Tengok gambar then request mana-mana yang berkenan. As long as bukan baking, insya'Allah. Tangan Ibu tak bedung tang hat tu, nevertheless Ibu memang tak sanggup nak mengemas dapur especially kalau hasilnya masuk tong sampah.

Rendang ayam & jantung pisang..

Tu hari ada dia ternampak menu ni in one of the blog yang Ibu suka ziarah. Tho rempah-rempah totally lain, cuma tinggal yang main item saja yang Ibu kekalkan. Biasalah bab-bab meng-alter ni kan.

Guna saja apa yang ada.. sayur campak-campak

Nevertheless, from the bottom of my heart, love you sayang.. Tho Ibu selalu jadi Tarzan (tapi sekarang dah kurang.. sikit) hope you will forever and always understand.. that's only me. Ibu tak pandai nak lemah lembut.. but you know that, don't you honey.




Monday, January 21, 2013

I will wait for you.. sayang..

"Iya.. Ibu tunggu abang balik makan sama-sama".

Maybe makan sensorang tak best kut. Henceforth, Ibu yang dah biasa pagi makan nasi terpaksa ubah jadual and menu. Hatta, kenalah tunggu anak-anak balik sekolah so we can sit together makan lunch bersama. Kalau biasa lunch cuma Amsyar, Haazem and Arif layan tekak.. kali ni Ibu pun join sekalilah.

First day Ibu bersarapan sebiji pisang and green tea. Sangat tidak mengenyangkan. Tapi nak buat macam mana.. demi anak.. ku dayakan jua.

Try and error.. 
Rendang udang dengan betik mengkal..

All time favourite..
Kangkung goreng sos tiram..
p/s; Udang kena extra sebab Haazem tak makan sayur

Gulai sardin dengan mangga.. khas untuk Ibu
 

Sunday, January 20, 2013

Yang PAHIT itu UBAT..

Baru seminggu Cik Asben berpergian, Ibu dah terasa macam-macam. Rupa-rupanya bukan senang nak handle urusan anak-anak dan rumahtangga single handed. No doubt this is not his first time being away tapi bila semua anak-anak dah bersekolah maka tuntutan jadi semakin mencabar. Dari aktiviti sekolah, KAFA, weekend and yang di rumah lagi. Itu belum lagi slot in dan kerenah anak-anak.

In short memang Ibu salute to those Ibu dan Bapa tunggal "out there" yang dengan sepenuh hati menguruskan hal anak-anak without any hesitation. Tambah pulak kalau at the same time, dia orang tu bekerja.

First and foremost yang Ibu perasan;

Time management :
Kalau dulu setakat delay 15-20 minit, I won't rasa apa-apa. But now, lewat 5 minit pun Ibu dah mula kelam kabut. Surprisingly, boleh pulak semua dibuat accordingly. And kalau dulu alarm tu Ibu snooze sampai 3-4 kali, sekarang tak bolehlah buat macam tu lagi.

Communication :
Yang ini memang penting. My three boys have their own school diaries. Most of the updates semua memang ada dalam tu. Dari test sampailah ke picnic or homework and not to mention teachers remarks. So kalau rasa malas nak banyak problem, eloklah selalu berkomunikasi and do a check-up things in the diaries. Jangan nanti pagi ni nak pi sekolah tiba-tiba Ibu dapat SURPRISE!!!!!

Firm :
Tak sangguplah nak jadi TARZAN setiap masa. Boleh terbarai anak tekak. Dengan 3 hero yang semua jenis mulut tak ada insuran, setiap masa asyik nak berkuntau, berkungfu etc.. kalau kurang sabar memang ada yang cepat sentap. Jadi Ibu yang most of the time terpaksa jadi referee, kenalah firm, tegas dan tak boleh berat sebelah. Otherwise, makin melarat nanti.

Budget :
As simple as, kalau malas nak keluar then eloklah jaga budget. Dalam keadaan sejuk-sejuk macam sekarang ni, malas betullah nak pi mana-mana pun.

Health :
Dalam musim sejuk seperti sekarang, anak-anak senang sangat nak jatuh sakit. So dari terpaksa berziarah ke klinik Dr. Lotfi, eloklah take precaution. Err.. ni Ibu pulak dah mula terbersin and batuk-batuk. Sangat tidak baik.

Tolerate :
In a situation like now, there is no space for sikap "ME". Semua kena tolerate with each others. Kalau dulu Haazem and Arif boleh kata, "kita orang kecik lagi" now semua kena ambik bahagian. Tak bolehlah asyik sang abang sahaja yang kena buang sampah, yang berdua tu pun kenalah mula jinjing plastik sampah. Ini termasuklah benda-benda kecil yang lain. Kalau dulu boleh suka-suki buat itu ini, well tak salah kalau sekarang semua turun padang.
* Ibu terpaksalah belajar percaya yang anak-anak pun boleh sama-sama contribute tho' result bukanlah perfect.

Food :
Fast food is not in my list at all. Takut silap-silap makan, ada pulak yang terima akibat. Sebolehnya Ibu cuba masak di rumah. Turn out, the kids love it. Memanglah ada yang bersungut asyik makan di rumah, tapi bila dah kenyang diamlah mulut tu.


And since semalam kami ada extra hours di rumah so Ibu decided to "kenduri anak-beranak". Masing-masing pilih 1 jenis lauk and Ibu will cook for them. Henceforth, Amsyar terus mintak gulai udang which Ibu tambah peria. Then Haazem asked for ayam masak tomato and Arif requested for ayam goreng.

And as shown in the pic was my portion.. ulam, ayam masak tomato, gulai peria with udang and sambal belacan. Bliss..

p/s;
Emo :
Yang satu ni kena sorok-sorok sikit dari anak-anak. Takmo la nanti anak-anak jadi sedih bila tengok Ibu pun sedih. Ibu memang bukan jenis yang cepat menangis, tapi entahlah.. kali ni senang sangat nak berjujur air mata. Tipulah kalau Ibu kata Ibu tak rindu ke Cik Asben.. siapa tak sayang suami kan..

Saturday, January 19, 2013

Menumpang kasih pada yang sudi..


Ketiadaan Cik Asben bukan alasan untuk anak-anak ponteng solat Jum'ah. Tiga hari sebelum tu memang Ibu dah arranged Haazem and Amsyar untuk tumpang ikut pi solat dengan salah seorang adik warga Malaysia di sini. Namun di saat akhir, beliau ada urusan yang tak dapat dielakkan. Apa lagi ikhtiar, jika tidak dengan menumpangkan anak-anak dengan si penjaga bangunan.. Ahmed. Seorang warga Mesir yang sangat baik dan begitu ambil berat dengan keluarga kami di sini.

Di bangunan ini, cuma keluarga Ibu sahaja yang dari Malaysia. Reason.. tak perlulah disenaraikan. Tho' ada pros and cons, Ibu memang lebih selesa macam ni.

Masjid di sini memang banyak namun apakan daya, sorang 12 tahun dan sorang lagi 8 tahun. Yang dekat (belakang building) pun ada. Namun, bila terpaksa berhadapan dengan keadaan begini.. faham-faham sahajalah ya.

Tapi akhirnya, Ustaz Ikhwan sudi jadi temporary guardian. Syukur.. alhamdulillah. Lapang sangat la hati Ibu. Budak-budak ni pun memang suka sangat la. Kalau terpaksa pi dengan Ahmed, macam spicis itik dengan ayam la nanti.

Lepas selesai solat Jum'ah, Ikhwan call mintak izin nak bawak anak-anak makan di kantin Kuwait U. Suka sangat la budak-budak ni.

Haazem dengan lauk kari ayam.
Boleh pulak dia kata "sedapppp Bu..."
Selama ni??

Yang sorang ni memang tak payah risau la..
Semua pun okey..

Teringat pulak keadaan Ibu masa duduk di asrama dulu..

Balik dari solat, masing-masing macam tak cukup mulut hatta kaki tangan semua nak bercerita dengan pengalaman solat di Masjid Kuwait U serta makan di kantin. Sukanya dia orang sampaikan mintak Ibu arrange dengan Ikhwan for next week pulak. Benda baru, memang la seronok. Tambah pulak kalau dapat keluar dengan ustaz kesayangan dia orang.

Ustaz Ikhwan ni dulu Ibu pernah cerita.. dia ni student di Kuwait U. Anak-anak Ibu belajar mengaji serta Bahasa Arab dengan dia. Ikhwan ni memang selalu ended-up as top of the class untuk pengajian Bahasa Arab. Even last year, he has been awarded as Best Student untuk fakulti Bahasa Arab. Siap Emir bagi hadiah 1,000KD (darab la dengan 12).

Sampai di rumah, masa masih panjang sebelum ke kelas karate. Alhamdulillah.. syukur sangat hari ni. Tak payah nak marah-marah atau disuruh.. pandai pulak anak-anak bawak diri.

Ayah jauh.. pandai-pandailah bawak diri ya sayang..
p/s;
Ibu yang emo..