Saturday, January 19, 2013

Menumpang kasih pada yang sudi..


Ketiadaan Cik Asben bukan alasan untuk anak-anak ponteng solat Jum'ah. Tiga hari sebelum tu memang Ibu dah arranged Haazem and Amsyar untuk tumpang ikut pi solat dengan salah seorang adik warga Malaysia di sini. Namun di saat akhir, beliau ada urusan yang tak dapat dielakkan. Apa lagi ikhtiar, jika tidak dengan menumpangkan anak-anak dengan si penjaga bangunan.. Ahmed. Seorang warga Mesir yang sangat baik dan begitu ambil berat dengan keluarga kami di sini.

Di bangunan ini, cuma keluarga Ibu sahaja yang dari Malaysia. Reason.. tak perlulah disenaraikan. Tho' ada pros and cons, Ibu memang lebih selesa macam ni.

Masjid di sini memang banyak namun apakan daya, sorang 12 tahun dan sorang lagi 8 tahun. Yang dekat (belakang building) pun ada. Namun, bila terpaksa berhadapan dengan keadaan begini.. faham-faham sahajalah ya.

Tapi akhirnya, Ustaz Ikhwan sudi jadi temporary guardian. Syukur.. alhamdulillah. Lapang sangat la hati Ibu. Budak-budak ni pun memang suka sangat la. Kalau terpaksa pi dengan Ahmed, macam spicis itik dengan ayam la nanti.

Lepas selesai solat Jum'ah, Ikhwan call mintak izin nak bawak anak-anak makan di kantin Kuwait U. Suka sangat la budak-budak ni.

Haazem dengan lauk kari ayam.
Boleh pulak dia kata "sedapppp Bu..."
Selama ni??

Yang sorang ni memang tak payah risau la..
Semua pun okey..

Teringat pulak keadaan Ibu masa duduk di asrama dulu..

Balik dari solat, masing-masing macam tak cukup mulut hatta kaki tangan semua nak bercerita dengan pengalaman solat di Masjid Kuwait U serta makan di kantin. Sukanya dia orang sampaikan mintak Ibu arrange dengan Ikhwan for next week pulak. Benda baru, memang la seronok. Tambah pulak kalau dapat keluar dengan ustaz kesayangan dia orang.

Ustaz Ikhwan ni dulu Ibu pernah cerita.. dia ni student di Kuwait U. Anak-anak Ibu belajar mengaji serta Bahasa Arab dengan dia. Ikhwan ni memang selalu ended-up as top of the class untuk pengajian Bahasa Arab. Even last year, he has been awarded as Best Student untuk fakulti Bahasa Arab. Siap Emir bagi hadiah 1,000KD (darab la dengan 12).

Sampai di rumah, masa masih panjang sebelum ke kelas karate. Alhamdulillah.. syukur sangat hari ni. Tak payah nak marah-marah atau disuruh.. pandai pulak anak-anak bawak diri.

Ayah jauh.. pandai-pandailah bawak diri ya sayang..
p/s;
Ibu yang emo..

8 comments:

  1. Assalamualaikum kak Sham.
    Nampak hepi ja depa, nasib baik ada temporary guardian untuk solat Jumaat.
    Err awat ibu depa emo, sebab ayah jauh ka?

    ReplyDelete
  2. Bila kita ditinggal tanpa suami dalam keadaaan begini, menduga kekuatan kita utk mengawal keadaan.

    Kerjasamaa dari anak-anak tu yang penting. All the best!

    ReplyDelete
  3. Alaikumsalam wbt Dinas,

    Mmg xda muka sedih maybe sbb tiap mlm ber-video call dgn ayah diaorg. Tapi yg sulong tu mmg asyik ngelat nak bercakap.. dia dh pandai faham kan.. & sebenarnya dia yg paling sng sedih.


    Emo.. mmg Ibu emo. Bkn sbb Cik Asben jauh tp membayangkan nasib Ibu Tunggal yg berkerja sekaligus menguruskan anak2.. Mmg tabik la kat kaum tu.


    Azie,

    Time management mmg yg paling penting. Tambah pulak bila 3-3 semua bersekolah. Dgn hmwk, project paper, monthly test, itu tak kira lg urusan rumahtangga.. waktu ni la rasa syukur sgt dan sentiasa berdoa agar Allah kurniakan kesihatan yg baik2. Otherwise, ada lak yg terkucil nnt.

    Bi'iznillah.. trima kasih Azie.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah ada jugak yang baik hati.
    pssstttt,kak boleh ker dipanjangkan niat murni yg kat entry dulu tu.dah habis cuti ke si teruna itu?

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. tinggal di negara Islam mcm ni.. urusan sebegini pasti ada yg sudi membantu.

    p/s;
    Anis, anak teruna tu masih bercuti. Early next month baru balik ke sini.

    ReplyDelete
  6. Yong,
    La ni sng sgt cair..
    Filter mata dah haus kut..

    ReplyDelete