Friday, February 1, 2013

Dedak.. mana ayam nyer??

Petang Khamis malam Jumaat anak-anak ada kelas KAFA di Kedutaan Malaysia-Kuwait. Bertempat di dewan serbaguna, sememangnya setiap hujung minggu inilah aktiviti yang paling ditunggu-tunggu. Nak jumpa kawan-kawan la katakan.

Yang kaum Ibu pun begitu jugaklah kisahnya. Mana-mana yang jarang berjuma, waktu inilah digunakan untuk saling "update" di samping pesta makan jugak. Biasanya masing-masing akan masak satu atau dua juadah. Kalau tak sempat, tapau saja.

Selain dari untuk jamuan anak-anak selesai dari kelas agama, inilah peluang untuk bertukar-tukar rasa. Jangan terkejut kalau cekodok pisang, popia basah atau nasik goreng kampung yang diterjah dulu.

Last week Ibu dah masak nasi goreng kampung, minggu ni buat dalca ayam pulaklah. Cuma nanti plan nyer tak makan dengan nasi tapi dengan roti canai. Hat roti canai tu nanti, kawan Ibu si Zie yang akan provide.

Well, tak sah kalau tak test-drive dulu. Sebab masih kenyang dengan nasi goreng kangkung waktu sarapan tadi, Ibu makan dengan prata sahajalah. Errr... kalau ikut tekak Ibu, bolehlah. Terpulanglah pada yang lain-lain untuk menilai. Janji kita ikhlas.

Dalca ayam + roti prata

P/s;
Bujang Sulong : Ibu, kenapa Ibu beli makanan ayam ni? nak bagi makan ayam ke?

Ibu : Eh.. mana ada.. (blur)

Bujang Sulong : Ni yang dalam plastik ni? sambil tunjuk kacang dal.

Ibu : Subhanallah.. itu kacang dal la Cha. Ibu nak masak dalca ayam petang ni.

** anak korang kenal kacang dal tak?**

5 comments:

  1. Bestnya potluck camtu kan? Berjumpa kengkawan dari tanahair dan borak macam kat kampung halaman sendiri, tentulah suasana itu sangat berbeza dan manis sekali.

    Kacang dhal? Hmm sama ler anak saya memang tak kenal.
    Anak dara saya hari tu, serai dengan halia pun tak kenal. Parah la saya!

    ReplyDelete
  2. haha... ok tu dia teringat makanan ayam walaupun salah.
    kaktek tak pernah beli kacang dal.. kalau beli pun mesti bebudak ni ingat biji pop corn.. sebab tu je depa ngadap tiap minggu.

    ReplyDelete
  3. Itulah budak-budak hari ni.
    Tapi tak boleh nak komplen banyak la sebab rasanya IBU dia orang dulu pun macam ni jugak kut.

    Mungkin bila dah mula hands-on.. baru nak kenal itu ini.

    ReplyDelete
  4. haha..
    at least depa tanya dulu
    kalau tak abis depa buang
    and nasib baik tak de ayam
    kalau tak Qholass..

    ReplyDelete
  5. Yong,
    Kalau kat kampung, memang rasa selamat dah kacang dal tu diaorg pi tabur kat depan reban ayam.

    ReplyDelete