Monday, February 11, 2013

Makan busat @ Hawally..

Assalamualaikum all,

Cik Asben nak bepergian semula hari ni. Tak sah rasanya kalau Ibu tak menjamu tekak dan perut Cik Asben. Hari ni pun Ibu mintak izin dari Cik Asben nak memontengkan anak-anak. Mujur tak ada yang kena sit for monthly test, test or quiz hari ni. Reason; saja nak makan besar anak-beranak.

Lima hari Cik Asben balik lapor diri dirasakan macam 5 jam sahaja.

Dan sejak balik last week belum sempat lagi Cik Asben and family duduk bersama-sama di meja makan. Jemputan makan di rumah kawan sempena CNY serta hal-hal yang lain membataskan kesempatan yang sememangnya amat terhad.

So hari ni, Ibu jamu keluarga dengan 3 menu rasmi kami.


Gulai daging salai. Yang ini memang wajib ada. Tho' Cik Asben asal dari Pantai Timur tapi mungkin sebab dah terbiasa, kena masaklah jugak.


Sup ketam. Khas untuk anak-anak. Kalau makan di luar, confirm dah kena charge banyak ni. Maklum sahajalah, ketam dan geng-geng seafood kan ada "harga" sikit.



Yang ini pulak khas untuk bekal Cik Asben. Sesak-sesak boleh jugak makan dengan roti. And sebab itu jugak Ibu buat kering-kering. Bolehlah buat lauk emergency.


Kari kepala ikan merah. Semua boleh makan. Dari Cik Asben sampailah ke Si Cinonet. Kalau tak habis.. simpan je. Esok lusa buat cicah dengan roti canai pulak.

p/s;
Lepas ni ada la orang tu mula mood jauh ke laut..

9 comments:

  1. Huwaaa kak sham,

    macam kat kedai kekdahnya lauk pauk nie.
    sungguh mencabar esp kari kapla ikan tu.

    la dah balik saudi Cik Asben?

    tak pe..
    berjihad tu kak sham.

    ReplyDelete
  2. Yong,

    Ini je yg akak reti nak masak..
    Ada gak niat nak try buat daging masak merah Yong.. siap dah bukak resepi.. tapi daging lak takda..

    ReplyDelete
  3. Akak oh akak,masakan akak selalu buat anis terliur.mcm mana akak buat sup ketam tu, dulu pernah buat main campak2 jer, tp tak sodap la pulak....ikan bilis tu pun alahaiiii macam melambai2 je.....comel jer petai duk bertenggek hihi...ehhh kat sana pun ada petai yer kak

    ReplyDelete
  4. Tumpang sedih pula Sham penghujung ayat tu ... jangan biarkan mood mengalir ke laut okay :) nanti pengarang jantung hati Sham turut sedih pula :)

    Wassalamualikum Sham ... jaga hati dan diri :)

    ReplyDelete
  5. Anis,

    Sup ketam tu.. paling ringkas..
    Jiran Cina mak akak yg ajar.

    Tumis bawang putih & halia.
    Lps naik bau, masukkan air.
    Lps air mendidih masukkan ketam.
    Then utk bagi kurangkan hanyir bau ketam.. masukkan daun sup.

    But since daun sup tak ada.. akak ganti jer dgn celeri..

    Beres..



    Adatlah REAL, dah biasa bersama.
    Bila kena tinggal tu, mmg la terasa.

    Bi'iznillah.. sebulan tu tak lama mana. Dgn peil bebudak ni.. tak terasa la sgt.

    p/s;
    Thanks for your kind word.. you too jaga hati jaga diri..

    ReplyDelete
  6. seksa mata saya menengok semua laukpauk kegemaran nih...

    ReplyDelete
  7. NP yg manis..

    Kat sana senang jer nak dapat. Try la cari during lunch ni..

    ReplyDelete
  8. ye lah kak sham, menderita jiwa raga saya menengok lauk pauk anika gaya tu..kecur air liur..nak nak lagi yg anak beranak ketam yang taraf kelas atasan teww...kiki

    ReplyDelete
  9. LW,
    Pesanan ikhlas dari Tuan Rumah..

    "makanlah puas2 sebelum langsung tak boleh makan".

    Yakni, jgnlah memilih rezeki yg ada. Tu tak nak ni tak nak.. sbb kunun nak ber-diet.

    Sekali Allah tarik rezeki, jadilah mcm K.Sham ni.

    ReplyDelete