Wednesday, February 27, 2013

Selama bertapa..

Bukan "bertapa" sangat pun. Cuma duduk diam-diam.. layan diri.. layan anak-anak..

Sementara ada masa tu, layan la tekak dan perut jugak.


Kuwait minggu ni sebenarnya bercuti panjang sempena menyambut Liberation Day. Khabarnya during this holiday, 1.4 million penduduk negara Pasir Berdengung ni keluar pergi bercuti. Kaya-kaya betul la dia orang ni. Suka-suki je pi jalan-jalan.

Anyway, kami yang masih di sini.. nak keluar rumah pun malas sebab jalan jem. So, dah tu takkan la asyik nak makan "tapau" jer dari bawah building ni. Solution, kerapu goreng berlada. Tak pedas mana pun sebab Ibu guna cili yang hat besar tu. "Merah" tu kasi eksyen jer lebih.


Then, Ibu dapat jemputan pi kenduri pulak. Meraikan ulang tahun perkahwinan rakan. Orang dah jemput, takkan tak pergi pulak. Pahala tu. And, kurang manis kalau "tangan kosong". Idea.. tepu. At last, Ibu bawak daging goreng kunyit. Nak buat manisan, tak ghoti den dohhhh..


Ni la rupa "geng dapur". Syok dok kat dapur. Nak makan bertambah banyak kali ke, nak gelak "maksimum" ke.. layan diri babe..


Last but not least, semalam terajin la pulak. Walau hanya tinggal ber-empat.. Ibu masih suka kalau be "presentable" di meja makan. Nak senang, hidang saja dalam pinggan. Tapi tak salah kalau memanjakan anak-anak. At last, nasi lemak bungkus daun pisang Ibu hidangkan. Senyum sengeh masing-masing. Maybe sebab "feel" macam makan-makan di Tanah Malaya.

P/s;
Ada yang tanya.. tak leceh ke ambik gambar sebelum makan.
Jawapan; kalau kita fikir "leceh".. leceh la jadi nyer.




7 comments:

  1. Ohhh..bertapa yer. Patut le takleh access blog 2-3hari lepas.

    ReplyDelete
  2. Sham, daun pisang di sini sangatlah mahalnya.. maka sanggup daku guna pinggan corelle saja melapik nasi lomak..(ececeh.. nak gak sebut corelle tu... ngeh)

    ReplyDelete
  3. KA,
    Bertapa.. muhasabah diri.. tengok mana2 yang senget.. mana2 sopak.. mana2 sumbing..

    P/s;
    Kalau ada apa2 yg terkurang tu.. roger2 la..


    Kak Tek,
    Sham pulak tak mampu nak pakai CORELLE. Jadi daun pisang sajalah yg alas nasi lemak.

    ReplyDelete
  4. semua sedap tapi yang paling sedap daging goreng kunyit tu....

    ReplyDelete
  5. NP,

    Daging goreng kunyit mmg "berhantu". Setakat buat sekilo, mcm tak rasa apa pun di rumah ni. Ratah je pun jadi..

    ReplyDelete
  6. ok dah tak bertapa ya...alahai mengancam betul lauk tu kak sham..sayangnya saya payah nak cari lauk gitu kebelakangan ini..selera makan merudum sebab tekanan kerja..adehhhh! tapi badan tak juga kurus acane tewww...

    ReplyDelete
  7. LW,

    Biasa mmg mcm tu, kalau dicari.. mmg x jumpa. Time xmo.. kiri kanan depan mata semua ada.

    Sama je la kat sini.. gigih kontrol nasi.. tp x jugak turun. Cmana tu??

    ReplyDelete