Tuesday, February 5, 2013

Terkantoi sudah..

Betullah seperti orang kata, yang terkena tak akan mudah melupakan yang mengenakan. And "karma" itu wujud. Berdoa dan bersabar adalah jalan yang terbaik kerana yang teraniaya tidak akan pernah dinafikan haknya. Bukti.. my Omak sendiri.

Recently Omak dapat offer bukak another kiosk jual makanan belah Pantai Timur nu. First week, alhamdulillah. Berbaloilah hasil dengan penat. Tak ngelatlah walau terpaksa bangun seawal 3.00 pagi hanya sebab nak make sure semua dah siap sedia.

Bukak kedai makan bukan cerita mudah okey. Memanglah orang boleh kata, "Alahhhh.. pasang jer bibik 5-6 orang. Habis cerita". Itu cerita orang nak berniaga 4-5 bulan, bolehlah.

Unlike Omak.. dia prefer turun sendiri ke dapur walau hatta setakat nak tengok kuih-muih dah cantik tersusun dalam bekas or kira sendiri berapa cekodok pisang yang akan dijual untuk hari tu.

Then minggu ke-dua, okey jugak. Minggu ke-tiga, datanglah pegawai yang pakai UNIFORM ni ke kiosk Omak. Then pegawai tu mintak tengok lesen niaga. Okey, Omak yang menurut perintah pun bagi je la. Then tetiba pegawai tu kata, lesen my Omak tak memenuhi syarat-syarat. Tang mana yang kurang, tak pulak Ibu faham sebab ni cerita communication via Skype. Kejap timbul.. kejap tenggelam (hari tu je la pulak tenet tenat). Then dia orang pun mintak Omak datang ke pejabat di Se*$%#+ untuk jumpa pegawai TINGGI.

Omak yang lurus bendul ni pun ikut je la. Then sampai kat bilik pegawai tu, pegawai tu mulalah dakwa-dakwi kata lesen Omak ada problem. Omak yang blur ni pun cakap je la elok-elok "Apa yang kurang tu Encik? apa yang kena makcik buat?". Banyak kali jugaklah pegawai tu asyik dakwa-dakwi itu ini. Omak tetap jugak blur. Lepas 2 jam tak ada jalan penyelesaian, at last pegawai tu suruh je Omak pi kaunter yang satu ni isi borang baru dengan alamat yang lebih detail. ITU SAHAJA.

Tapi terdetik jugak pada fikiran my Omak, kalau setakat silap boh alamat di lesen, tak kan la sampai dua jam nak kena interview dalam bilik pegawai tu. Wallahu'alam..

Then sehari selepas tu, Omak dapat kunjungan dari anak cucu. Sembang punya sembang terkeluarlah cerita lesen tu. Yang Si Cucu pun cakaplah... "Kenapa Uwan tak cakap dengan adik? adik ada kawan kat office tu. Sure dia kenal orang tu or boleh tolong Uwan". Then siap Si Cucu ni kata.. "alah Wan, dia orang nak UNDER TABLE la tu". 

Terus my Omak pun cakap.. "Laaaa iyo ko, kalau sungguh, cakap jo la. Uwan buleh bagi.".

Then baru-baru ni my Omak ada buat kenduri kesyukuran. Ye la, meraikan customers as well as nak promo kiosk baru. Then Si Cucu datang bawaklah kawan.

Nak jadi kisah.. kawan pada Si Cucu ni la pegawai yang try nak PAW my Omak. My Omak ni buat selamber je. Bukan resmi dia nak memalukan orang in public. Dah tetamu, kita raikanlah dengan cara yang sepatutnya.

Tapi Omak sempatlah bercerita pada emak Si Cucu perihal "kawan" tu.

Then baru semalam pegawai tu datang balik ke kiosk Omak siap mintak maaf atas insiden di pejabat tempoh hari. Jawapan my Omak "Ehhh.. makcik tak ada kecik hati pun. Mana yang salah tu salah la.".

My Omak siap bagi tapau pegawai tu untuk lunch and minum petang lagi.

Ibu and Omak tak sure la apa yang buat pegawai tu datang jumpa my Omak semula. Mungkin my cousin dah cerita ke anak dia kut. But never once my Omak cerita apa-apa pada Si Cucu.

Kami yang tak mahu bersangka apa-apa ni cuma fikir;

1- Mungkin emak pada Si Cucu yang bukak mulut.. OR
2- Pegawai tu sendiri yang datang serah diri.

p/s;
Morale of the story.. fikirlah sendiri..


13 comments:

  1. memalukan jabatan je perangai mcm ni
    paling benci kalau nak kena saman,peg buat2 helah lengah2 nak kasi surat..nak hulur?mintak maaf.x berduit.bagi jelah surat saman tu..

    ReplyDelete
  2. sedihla kan.. dengan orang tua pun nak paw jugak... bangsa sendiri pulak tu.
    adik ipar kaktek keje kastam di selatan tanahair 2 minggu je tahan.. semua kaki paw walaupun keje dia jaga warehouse je.

    ReplyDelete
  3. hai dengan peniaga kecik mcm ni pun depa nak cari 'untung' ... apalah manusia kan... last2 malu sendiri laa tu kot

    but kak sham, saya penah tengok depan mata sendiri orang pegawai mcm ni, dah tua tau, bawak 3 orang kuncu kot buat ronda2...dia masuk bengkel baiki kereta milik orang cina ni, kebetulan saya ada kat situ, dia nampak saya dgn ex, terus dia blah.. pastu dia datang balik minta lesen pemilik bengkel tu..pemilik tu kasi lesen tapi saya nampak ada duit RM50 bersama lesen tu... cepat2 pegawai tu amik dan pulankan semula lesen tapi duit tu dia hilang gitu jer...

    pastu pemilik bengkel tu kata, biasalah, nak hidup kenalah bagi duit tu...

    i cuma fikir, wahai pakcik pegawai, insaflah kamu sebelum terlambat...

    masa ni saya kat kepong..agak2 pegawai adri majlis daerah mana tu gamaknya? :)

    ReplyDelete

  4. Aparaaa manusia nie, bila ngan kaum sendiri kau bikin panas?
    Ishhh..
    Tak malu sungguh!
    last last memang kantoi

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan Kaktek, udah la mengamalkan cara salah, dengan orang tua pun nak buli ka, sebangsa plak tu, adoih..Sedih betoi baca..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum adik-adikss..

    Ini bukan kes pertama. Kedai yang sebelum ni dekat 2 tahun baru setel kes lesen. Itu pun sebab kebetulan jemaah masjid yang suka melepak kat kedai my Omak rupanya "orang besar" kat opis tu. So dialah yang arahkan anak buah dia cepatkan proseskan lesen tu. Tapi la ni dia pulak dah pencen.

    Sebelum tu memang tiap bulan la kena saman. Tapi bila kita nak buat lesen, asyik kena reject je la pulak.

    So tiap bulanlah Omak terpaksa "berbudi-bahasa" dengan dia orang tu.

    p/s;
    Kedai Omak tu kat area Kepong, so tau la ni keja orang opis mana kan.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbt Sham,

    Baru nak tanya Kiosk Omak Sham di mana ... boleh cuba kuih muih Omak Sham ... mula ingat di Seremban ... last tengok di Kepong ... :)

    kenapa ye susah sangat nak dapat a simple lesen ...

    surely they can list ape yang tak cukup yang perlu dicukupkan ... very very unfortunate ... mudahan Omak Sham tabah ...

    ReplyDelete
  8. Alaikumsalam wbt REAL,

    Sham pun x pandai nak explain sbb x penah sampai lagi.
    Tapi kalau hat yg lama tu, kat Kepong Tmn Desa Jaya. Dekat ngan masjid.
    Kalau berhajat, try tanya.. kedai nasik lemak Uwan Achik.

    p/s;
    Alhamdulillah.. mcm2 dah dugaan & rintangan yg Omak lalui. Tapi bi'iznillah.. rezeki masih ada.

    ReplyDelete
  9. Pegawai tu rasa bersalah... begitulah Tuhan nak tunjuk sekejap jer kan?

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah kalo pegawai tu insaf dengan sendirinye...

    ReplyDelete
  11. Dearest Azie & Angah..
    Harap-harapnya macam tu la.

    ReplyDelete
  12. eee sebab dia sorang, rosak semua nama org gomen...yess karma is still remain as karma...biar dia tahu niatnya tu tak betul..

    ReplyDelete
  13. Betul tu LW,
    Yet still bukan semua yg mcm tu. Ramai jugak yang Omak penah jumpa yg sanggup tlg A-Z.
    Tapi mmg la.. disebab dek nila setitik.. rosak susu sebelanga..

    ReplyDelete