Friday, March 29, 2013

BUDU yang power..


Assalamualaikum all,

Ibu ni kan, asal makan budu jer sakit kepala. Asal makan budu jer sakit kepala. Tapi makan.. tetap makan. Dah sedap kan kan.

So, Ibu pun try la tanya Cik Gugel kot kot dia tahu kenapa. Sekali tu, jumpa pulak yang lain. Rupa-rupanya "budu" ni baik untuk kesihatan. So, maybe Ibu sajalah yang kurang serasi makan budu ni. Ye la.. budu kan dibuat dari ikan bilis dan ikan bilis sememangnya diketahui tinggi kadar kolesterol. Dah tu, garam yang tinggi dalam budu jugak mungkin antara sebab Ibu sakit kepala.

Budu yang dalam sedang diproses. Gambar dipinjam dari FB seorang rakan yang berkunjung ke Pulau Jeju. Orang Korea pun pandai makan budu...

So meh kita baca tentang khasiat budu ni.

Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan.  Antara kelebihan dan khasiat budu :-

1: Awet muda
Pengkaji Universiti Carolina Utara, Amerika Syarikat mengatakan unsure ganestin dan phytoestrogen dalam budu mampu melawan radikal bebas dan dipercayai boleh melambatkan proses penuaan  dan mencegah barah payu dara. Malah, turut berkesan sebagai agen mencerahkan kulit.

2: Elak kanser
Kajian pakar pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya termasuk menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan "kuno".

3: Turunkan kadar kolestrol
Satu ujian rambang mendapati pengambilan budu sebanyak 150gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar jangkaan.

4: Cegah cirit birit
Budu berpotensi mencegah cirit birit. Juga mampu menghalang penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan lain-lain pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab "diarrhoea" cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu yang singkat.

5: Meningkatkan kecerdasan otak
Didakwa budu boleh menjadikan seseorang lebih pintar dan mempertingkatkan IQ kerana ia meransang sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Juga membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa yang menyebabkan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

Kelemahan
Budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderika sakit gout.

Nak tahu lebih lanjut, boleh ziarah link ini.


6 comments:

  1. ibu sham..
    kan mak saya dtg rumah cuti skolah ni.dan mak bawak sedozen budu dr kg
    hati sgt seronok..jarang makan tp sesekali kalau teringin tuang je dlm pinggan.hahaha

    kalau dekat boleh saya bagi sebotol dua ;)

    ReplyDelete
  2. Saya pun pandai makan budu wpun saya bukan Kelantanese. Jika makan Nasi Kerabu, mesti minta budu disiram. Ohh sedap!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Irfa.
    Alhamdulillah.. stok kami masih mencukupi & rasa mampu untuk cover sampai summer.

    P/s;
    Barang kawalan tu.. kena guna dengan berhemah.

    ReplyDelete
  4. Azie,
    Best kan kan..
    Kasi banjir.. alahai sedap nyer..

    ReplyDelete
  5. Banyak rupanya khasiat budu. Saya minah belacan, hehe.

    ReplyDelete
  6. Sham minah "sambal gesek". Org N9 kan.
    Tapi belacan pun okey jer.. tu yg x sedar makan jadi bertambah-tambah.

    ReplyDelete