Saturday, March 30, 2013

Cerita Cik Halia & Cik Lada Benggala..

Khasiat halia.
Halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Akar halia turut membantu menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekali gus mengurangkan masalah peredaran darah.

Minyak halia yang digunakan untuk mengurut membantu melegakan kesakitan akibat artritis berikutan bahan anti-radang yang terdapat dalam tanaman tersebut.

Menurut kajian, halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain.

Kandungan shogoal dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman.

Selain dari itu, halia juga baik untuk;
1- Mengubati selesema dan asma.
2- Mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterol.
3- Mengubat batuk.
4- Menghilangkan bau mulut.
5- Bagi mereka yang menjalani rawatan radioterapi atau kemoterapi, pengambilan halia mampu mengurangkan kerengsaan perut.

Maklumat tambahan mengenai halia
Selain pelbagai khasiat yang terkandung dalam halia, ia juga tidak mempunyai sebarang kesan negatif dan selamat diambil dalam bentuk apa sekali pun.

Maka dengan sebab itu, Ibu pun boh la halia banyak-banyak dalam goreng sotong masak kicap ni. At the same time, halia tu boleh jugak overcome bau sotong tu.


Lada Benggala :
Mempunyai rasa tersendiri dan rendah kandungan potasium. Lada benggala merah juga kaya dengan vitamin C, A, B6, asid folik dan serat menjadikan ia makanan yang mampu menyihatkan buah pinggang anda. Selain itu, kandungan likopen, sejenis antioksidannya juga baik dalam membantu mencegah kanser. Bagi mendapatkan manfaat nutrisinya secara maksimum, ia sesuai dimakan mentah atau dengan pencicah atau dibuat salad.

Tapi Ibu tak ada lada benggala merah, cuma hijau. Kira aci la tu ya.

4 comments:

  1. salam kak sham
    wahh wahh wahhh sedapnya sotong tu..tambah pulak ada halia dan benggala hijau tu..semua saya suka..hmm tapi kak sham jauh sangat, kalau kat KL harus saya drive pi bawak Tupperware..hihi muka tak malu ni..

    ReplyDelete
  2. thanks Sham berkongsi info yg menarik, nasib baik jalan sini dpt ilmu sikit2 kan mmm sedap tu sotong gigit2 cili hijo tu...

    ReplyDelete
  3. Alaikumsalam LW,
    Kalau kita dok dekat, mmg makin rajin la kita mkn2 secara berjemaah.
    Sure lagi best kan kan..

    ReplyDelete