Thursday, March 14, 2013

Kes DERA rumah tangga (II)


Kes dera dari siang sebelumnya masih belum selesai. Malam tu Ibu dera pulak Cik Asben hantar pi beli sayur kat kedai Bobby. Walhal sebelum ni elok je suruh Bobby deliver sayur-sayur segala tu ke rumah.

Yang sebetulnya Ibu nak menyampaikan hajat anak-anak. Sepanjang Cik Asben pi ke Tanah Seberang, anak-anak memang tak sempat nak makan di Restoran Pattaya ni. So, alang-alang nak pi beli sayur tu.. bolehlah pasang agenda lain sekali.


Alhamdulillah, suka budak-budak ni. Sebab masing-masing ada favorite dish. Asyik makan masakan Ibu pun jemu jugak.

Btw, yang kat atas tu portion kue tiaw ratna Ibu. Siap dengan kuah banjir. At last Ibu makan sayur saja sebab segala isi harta karun dengan kue tiaw dah kena paw dengan anak-anak. Tak kisah la.. dia orang kenyang.. kita senang.

Restoran Pattaya ni tak ada la best sangat makan. Cuma kebetulan yang anak-anak suka tu pulak la yang dia orang paling sedap masak. Yang lain tu so-so je. Price wise, banding dengan restoran lain.. kira jauh lebih murah.

Memang kira kalau kami pi beli sayur, memang selalunya akan "menyambil" ke sini jugak la.

Okey, ada rezeki kita sambung dengan cerita lain pulak.

Ilal'liqa..

5 comments:

  1. Kira sambil menyelam minum ayaq la ni, kehkeh! I like. Kuetiau ratna tu nampak mengancam. Bila anak2 kenyang, ibunya mesti hepi sebab begitulah fitrah hati seorang ibu.

    ReplyDelete
  2. bijak bijak...sambil menyelam, rugilah tak minum air..kan kan..

    ReplyDelete
  3. Pergh kat Kuwait pun ada si Ratna nie!

    ReplyDelete
  4. kaktek panggei ladna. sodap weh. pernah buat sekali .. rupa2 nya masakan org yg buat ladna sekali dlm hidup tak sama dengan rasa masakan org yg niaga ladna buat beratus2 kali dlm hidup.. huhu...

    ReplyDelete
  5. Dinas,
    Ibu pun samalah menempel sekali.



    NP,
    Kalau setakat minum air saja memang rugi.. tapi ni dengan tomyam, kue tiaw goreng, nasi ayam halia & kue tiaw ratna.. memang berbaloi..



    Yong,
    Sini ada a few kedai Siam. Semua ada offer si Ratna ni. Boleh la.. boleh laaa..



    Kak Tek,
    Air tangan kita mmg x sama dgn yg hat kedai. Sham x penah try pun buat. Tak ada permintaan.. Sham pulak xda hati nak belajar buat. So, kalau nak makan, pi kedai je la.

    ReplyDelete