Tuesday, March 26, 2013

Ku jatuh Chenta..

Kata laa apa nak kata.. tapi Ibu bukan spicis yang kumpol handbag. Suka tengok orang pakai. Sebab bila orang pakai, semua nampak cantik, semua nampak manis.

Handbag pada Ibu hanya perlu sebagai medium untuk menyumbat segala reta seperti nail clipper (kut tetiba ada anak jantan Ibu yang kuku sopek sebab...), vicks, panadol, buku cerita, wet tissue, my lumix, handset, handkerchief, "lampin orang pompuan" and entah apa-apa lagi. Senang cerita handbag Ibu sama taraf dengan beg Doreamon.

Then, handbag tu mesti tak pandai komplen kalau letak kat kaki, terduduk, terjatuh, tersadung, terpenyek dan ter-ter-ter yang macam lagi. Oleh sebab itu, harganya tak boleh cecah ribu riban. Rugi woooo..

Then spesifikasi lain, kena lepas bahu so senang nak angkut. Lagi bagus kalau boleh sling. Katalah Ibu tak "ladylike". Janji Ibu selesa.. senang hati nak angkut sana sini.

Tapi kan kan.. sejak berjemaah dengan sorang kawan ni, tidur Ibu tak keruan. Fikiran asyik melayang ke sana, terkenang-kenang, terbayang-bayang, kejap-kejap pi intai, kejap-kejap pi skodeng. Isshhhh.. tak suka la macam ni.

Inilah rupa calon-calon yang telah mengganggu tidur malam ku, mengajak ku menskodeng outlet-nya saban masa. Ikut hati dah sampai depan kedai ni. Tambah pulak Cik Asben kata LULUS. Apakan daya, anak-anak masih dalam exam week. So tumpuan kena padu dan jitu hanya untuk mereka.

Meh, Ibu nak tunjuk sikit..








P/s;
Sambil-sambil tu kalau ada kawan-kawan nak bagi nasihat ke, komen ke.. okey jer.. Yang mana satu idaman hati??


9 comments:

  1. yang dalam gambar nombor 1. sebab ada shoulder pad (itu ke nama nye) kat tali jadi tak mudah melorot. sekian.

    ReplyDelete
  2. Salam Sham. Saya suka rupa beg no1, no2 & no6. Ya, komen yg tak membantu langsung pi suka sampai banyak2 beg, hamsap betoi la saya ni.

    ReplyDelete
  3. saya suka yang jenis tote (kalau dlm gambar yang last-last tu) sebab luas & boleh letak banyak barang..make sure handle panjang senang nak bawa & base keras so bila kita letak nak cari barang senang:)

    ReplyDelete
  4. kakSham

    yang last tu best & flexible esp esok2 kalau dah bosan tak mau pakai n sayang nak buang kasi potong mcm tikar mengkuang ;-)

    ReplyDelete
  5. Sham, kita suker no 3 walaupun takde org len suker yg tu gak sebab dlm beg kita takde barang apa sgt... suker kecik2 je...

    brand apa ni? sori buta beg.

    ReplyDelete
  6. Ladies..
    Much appreciated with all the comments.
    Can't say much as long as tak tengok dgn mata sendiri.
    Kengkadang OR biasanya dlm gambar jauhhhhhh lebih cantik dr depan mata kan kan.
    Anyway, Sham ni membeli ikut "recommendation" Cik Asben sebenarnya sebab dia yg nak tgk kita pakai kan (at least.. that's me)

    Once dah beli OR kalau Sham beli.. well.. nnt Sham tunjuk la nanti.

    P/s;
    Kak Tek - brand Masimo Dutti

    MP - been wondering, when you're going to show up. considering... ehem ehemmmm..

    Yong - kalau akak buat alas vontot pun x lepas ni. comel sgt.. beg tu laa..

    ReplyDelete