Tuesday, March 19, 2013

TWO out of THREE..

Dua sudah khatam, tinggal satu saja OTW.

Malam ni kami dinner gulai daging salai dengan pucuk ubi and kerapu tiga rasa. Alhamdulillah, khalass. Berbaloi bila tengok anak-anak makan. Cuma bila mood belum pulih sepenuhnya, kelam-kabut la jugak nak manage masa.

Tambah bila anak-anak ada kelas Bahasa Arab malam ni. Kejap-kejap tengok jam.. kejap-kejap tengok jam. Adeihhhh..


Ni la rupa gulai daging salai dengan pucuk ubi. Pucuk ubi ni memang didatangkan khas dari Tanah Malaya. Berkirim dengan Uncle Bob yang baru balik melapor diri tiga minggu lepas. Dah jenuh berkirim dengan Bobby, tapi katanya orang Bangkok tak makan pucuk ubi.. so.. tak merasalah nak order dari sana.


Ini pulak sparing partner untuk kerapu tiga rasa. Kena boh extra sebab ada yang kuat meratah. Tapi ada yang tak cukup sifat tu.. celery tak boh pun. Yang ada dalam fridge dah tak segar. Frust Amsyar.


Ni la rupa kerapu yang dah selamat dimandikan dengan bawang merah, nenas, baby corn, bunga kobis and cili hijau. Akhirnya sampai jugak hajat Haazem. Tapi dia tak makan pun segala aliens tu. Buat hiasan saja. So.. jadi rezeki pada yang lain la.

Itu la cerita Ibu malam ni. Esok kena berjuang lagi nak menyampaikan hajat Si Cinonet pulak. Harap-harap sihat tubuh badan, cukup bahan dalam fridge and janganlah Cik Malas datang berziarah lagi.


8 comments:

  1. Salam Kak Sham,
    nak minta alamat rumah boleh tak, jap gi saya sampai..nak pi makan gulai daging salai tu..perghhh! tak menahan hati melihatnya, derita zahir batin la kak...kikiki!

    ReplyDelete
  2. Salam KakSham,
    Mala ada daging salai. Ada kwn yg baik hati poskan masa balik cuti hari tu. tapi sampai hari ni dok ada dlm freezer. tak reti nak masak. Boelh cadangkan yg paling simple. Kalau guna santan instant ok tak?

    ReplyDelete
  3. baru jap lunch makan ikan talapia sweet sour ;)
    tingin pulak tgk gulai lemak daging salai tu

    ReplyDelete
  4. LW,
    Ada rezeki kita jumpa kat T.Malaya. Biasanya family K.Sham akan buat open hse masa raya.. & gulai daging salai is a must..


    ReplyDelete
  5. Sat lagi yong sampai depan rumah dehh

    ReplyDelete
  6. Mala,
    Kalau daging tu dh beku, senang saja. Rebus sekejap tapi nnt air rebusan tu ditapis & guna semula utk jadikan kuah semasa nak menggulai. So, bau salai daging & rasa masis daging tu tak tersisa.

    Guna santan tin.. boleh saja. Cuma kalau nak overcome bau "santan tin" tu letak serai extra sikit.

    Kalau nak buat kerabu daging salai pun boleh jugak. Lepas dihiris, potong cili api, hiris bawang, perahkan limau, letak garam sikit, tak mau letak garam.. kicap masin pun boleh jugak.. gaul semua.. khalasssss..

    ReplyDelete
  7. Irfa,
    Kat sana senang. Semua boleh main tunjuk2. Kami di sini.. kena la ikhtiar lebih sikit. Kedai Siap tak ada offer hat yg ni.

    ReplyDelete
  8. Yong..
    Ahlan.. ahlan..
    K.Sham tunggu dengan karpet merah & bunga manggar ya.
    Nak prepare kompang.. x jumpa la pulak..

    ReplyDelete