Saturday, April 27, 2013

Bila nak pencen ni??

Assalamualaikum all,

Its started 5 years ago. Mula-mula tu tepek kat pintu fridge je. Then melarat ke mana-mana area yang ada "metal" dalam kawasan dapur sampailah akhir sekali Cik Asben belikan metal board dari Ikea. Dari sekeping, melarat ke 2 keping dan sampailah sekarang yang mana akhirnya ada yang terpaksa direhatkan dalam kotak saja.


Masa awal-awal dulu Ibu cuma beli masa Ibu pi berjalan atau time Cik Asben kena pi seberang laut. Tapi entah macam mana boleh pulak terjumpa suku-sakat yang sama penyakit kat satu forum ni and ever since mula la aktiviti tukar-menukar.
 
Awal-awal tu, dengan geng se-Malaya jer. Later berjangkit ke benua lain pulak. It was fun and sometime.. sakit jiwa jugak. Especially bila dapat kaum yang sangatttt la cerewet. Yang mana dia rasa fm dia je yang paling cun, paling mahal, paling segala. Walhal dah diberitahu it is 1-1.

Tapi semua ni atas skima nego kita la. Macam-macam cara, macam peil. Macam-macam spek.

Satu yang Ibu suka tang benda fridge magnet (fm) ni, sambil tambah kawan.. sambil tu Ibu rajin la jugak godek bertanya itu ini dengan Tok Wi atau Cik Gugel. Especially pasal sejarah, culture and geography.

Cuma sekarang ni bila anak-anak dah semua sekolah, Ibu mula extra sibuk. Ada masa ada deal kena delay sampai 2-3 bulan. Ni pun ada satu deal yang masih tak close.. bukan 2-3 bulan tapi dah masuk 1 tahun. Tapi since kita base on trust, so masih bertahan la jugak.
 
Setakat ni Ibu cuma aktif tang kumpol jenis map, flip flop, round fm, alphabet and yang paling Ibu and Cik Asben sayang hat bottle opener Hard Rork Cafe. Yang hat lain-lain pun ada jugak. Cuma biasanya itu buat stok untuk exchange dengan other collectors la.
 
P/s;
Diandaikan kami kena balik Tanah Malaya, memang kena ambik kargo khas untuk bawak suku-sakat ni la. Sayang weiiii..

9 comments:

  1. as'salamualaikum, best nyer! saya pun 'collect' fm tapi belum sampai ratusan lagi. :))ada collection dari spura? kalau nak saya send from here insya Allah. silent reader and am serious :))

    ReplyDelete
  2. pergh!! banyak giler FM ... hard core ni hehehe

    ReplyDelete
  3. setuju kak sham,'
    sayang weii..saya pun start kumpul tahun 2007 masa first time saya p europe..sampai la ni dah ada beratus juga dan ada yg dah patah sebab bila anak2 buah datang, depa main..ada yg diberi kawan dan ada yg exchange..banyak benda boleh belajar dari benda kecik sekeping tu kan..

    sampai la ni saya masih kumpul..malah bercita-cita nak keluarkan sendiri punya signage...tungguuuuu!

    ReplyDelete
  4. Alaikumsalam Anon,
    Sebetulnya ada byk jugak la koleksi dari negara jiran ni. Maklum saja.. semuanya cantik2 belaka.

    P/s;
    Tapi kalau sudi nak exchange.. boleh saja.. especially metal map.

    ReplyDelete
  5. Mala,
    Byk tu.. takda la.. tapi.. boleh laa..

    ReplyDelete
  6. LW,
    Mujur anak-anak akak semua ada koleksi sendiri. So sejak dari kecik dia orang pun dah faham "nak sayang" reta dia orang tu.

    ReplyDelete
  7. as'salamualaikum sham, good idea exchange fm! :)) tapi not sure ada metal map of SG? anyway will try to find one insya Allah. will keep you update in the near future. maklom kerja tak abis2 hahaha

    ReplyDelete
  8. Yong..
    Banyak ke??
    Tapi la ni slow dah.. tak larat nak maintain.


    Alaikumsalam Anon,
    Ada rezeki, ada la tu..

    ReplyDelete