Monday, April 15, 2013

Menumpang rezekinya orang..

Assalamualaikum all,

Geng pancing belah Kuwait Selatan masih gigih turun memancing rupanya. Walaupun cuaca dah mula panas.. cecah ke 35C.. tapi itu semua bukan alasan. Kalau dah jenis kaki pancing tu.. apa pun sanggup diredah.

Dan dalam keadaan itu jugak, rezeki geng kaki pancing tak nampak surut pun. Bahkan makin menjadi-jadi pulak. Meh Ibu share some pics here.





Wajah para kaki pancing terpaksa dirahsiakan atas sebab dan alasan keselamatan..

Anyway, as I said.. menumpang rezekinya orang. Orang lain yang pancing tapi orang lain merasa jugak. Ada yang sudi berkongsi rezeki dan hasilnya..


Alhamdulillah.. berkat. Cuma kali ni Ibu tak guna cili boh. Nak kasi pedas extra, Ibu blend terus cili api dengan bahan-bahan penumis. Memang puas hati. Lepas ni kalau dacing timbang berat ke kanan lagi.. harap maklum sahajalah kan kan.

11 comments:

  1. SAlam Kak Sham
    ya allah sedapnya ikan2 tu..saya kalau ikan fresh gitu saya suka buat tempura..mesti rasanya pun juicy tu..
    ok saya ada soalan:
    1.apa umpan dia orang pakai?
    2. Nama lokasi tempat depa memancing tu?
    3. Berapa lama depa memancing sampai dapat ikan terutama pari besar tu?
    4. Depa memancing kat benteng atau memang pergi deep sea?

    Haaa itu soalannya.. tq kak sham..

    ReplyDelete
  2. o ya kak sham, nak minta email kak sham boleh tak? ada something saya nak tanya...

    tq kak.

    ReplyDelete
  3. salam ibuk

    sana byk ikan duri ye

    hujung minggu baru ni baru ke pasar tani dan apa lagi belilah patin dan keli

    dapur baru berasap dan patin org umah masak lemak tempoyak dan keli goreng berlado

    hehehe 3 pinggan sekali makan, kenyang sampai ke esokkan harinya, kalau timbang mau jarum mantul ke kanan hahaha

    ReplyDelete
  4. mak aih.. ni kalo kaktek dok sana, mahu hilang aje laki ku tiap hujung minggu!!
    tiap kali somi balik mancing bermalam atas bot, kaktek malu nk jalan dgn dia.. haha.. kulit hangus macam baru sampai malaya naik tongkang.

    ReplyDelete
  5. Alaikumsalam LW,

    Taste wise.. ntah la. K.Sham x gamak nak makan ikan duri ni sebab rupa mcm ikan jerung.

    1- Umpan.. diaorg guna umpan udang.. ikan yg kecik2 pun ya jugak.
    2- Nama lokasi.. Port Al-Zour
    3- Tak tentu.. ada masa x sampai 10 minit pun.
    4- Kat benteng.. ada jugak yg pi laut dalam. Tapi xda la dlm gambar ni.
    5- sham_720422@yahoo.co.uk

    Beressss...

    ReplyDelete
  6. Alaikumsalam Haji..

    Alhamdulillah.. apa khabar Bapak.
    Harap2 sihat sekembali dari Rumah Allah & semoga mendapat umrah yg barakah tempoh hari.

    Kalau dah mcm tu punya "menjamu perut" memang confirm jarum tu tala belah kanannnn jer.

    ReplyDelete
  7. Kak Tek,

    Dia orang siap ada yang lepas ke laut semula sebab dah tangkap banyak sangat.
    Ni jenis yang saja nak lepas gian mancing je ni.

    ReplyDelete
  8. Wahhh pancing ikan. Ini bukan lagi pancing ikab, tapi dah macam pancing selera ni.

    Saya dah berpuluh tahun tinggalkan skil pancing ni. Hehehe Dulu pancing dlm parit jer.

    ReplyDelete
  9. ikan fresh dr laut pasti sgt sedap kan?saya makan ikan sejuk beku kat supermarket je.hahaha

    ReplyDelete
  10. Azie,
    Selama Sham di sini, ada la dua kali Sham turun mancing.. & sekali tu dapat la jugak sekor hat yg kecik.

    ReplyDelete
  11. Irfa,
    Seikhlasnya.. ntah.
    K.Sham x pandai nak appreciate ikan segar or ikan beku.
    Mcm lauk kari ni, K.Sham makan sayur je.

    ReplyDelete