Thursday, April 4, 2013

Parlimen dah BUBAR.. kita still kawan kan kan..

Assalamualaikum all,

Parlimen dah bubar. So maknanya tak lama lagi kita akan ada election day. Semua rakyat Malaysia sepatutnya tahu tarikh "keramat" tersebut. Jangan pandang dan ambik mudah. Aiyuwahhh.. sempat kempen lak kat sini.

Seikhlasnya Ibu tak minat bab politik ni. So bila kawan-kawan gigih dok pong-pang pong-pang pasal cerita ni kat "semua media", Ibu ignore sahaja. Sebabnya, bila terlalu fanatik.. masing-masing jadi "naik sheikh". Sampai lupa diri, melupakan landasan kesopanan dan adab kita sebagai orang Melayu.

Tapi dah itu mainan orang politik kan. Yang tak terlibat tu, tak payah la jadi nasi tambah. Mencarut sana.. mencarut sini. Kutuk sana kutuk sini.

Anyway.. itu cerita masing-masing. As per my part.. suka baca.. tak suka.. ignore or scroll down je la.

End of story.

Anyhow.. meh Ibu nak share sikit. Dalam dok berkempen tu, janganlah ada sampai bergaduh-gaduh. Kita kawan elok-elok ya.

Jangan nanti demam pilihanraya dah selesai.. masih ada pulak yang sorang pandang kanan.. sorang lagi pandang kiri. Tak elok macam tu.


P/s;
Kami pun tak lama lagi ada taklimat mengenai "pengundi pos" di sini. Tanggungjawab jugak tu..

8 comments:

  1. banner yang gempak! x la asik nak pandang segala mak nenek logo tu kan?

    ReplyDelete
  2. Betul kak, biarlah pangkah apa sekalipun..hubungan saudara dan sekampung janganlah diputuskan.

    Saya pun nak undi pos jugak ni :)

    ReplyDelete
  3. Kak Rose,
    Kami di sini takda perang sepanduk, logo, banner atau bendera.
    Tapi mana2 yg berlonggok sambil minum2 tu.. tetap tak terlepas dari cerita-ceriti pasal PRU13.

    P/s;
    Time ni la ramai yg ambik upah "part-time" pacak bendera parti kan.

    ReplyDelete
  4. Betul tu KA,
    K.Sham pernah tgk sendiri 1 keluarga perang mulut psl masing2 ada parti kesukaan sendiri.
    Rugi dan x berbaloi langsung.

    ReplyDelete
  5. Saya tak minat politik & tak minat langsung nak berkempen. Tapi pasti akan mengundi.

    ReplyDelete
  6. Sebut pasal sepanduk,banner segala, keliling rumah umi anis dah penuh dgn bendera parti.....dah macam pagar pulak rupanya hihi

    ReplyDelete
  7. Betoi tu kakSham,
    letih dok tengok pong pang pong ping,
    kalau dah fanatik semua naik sheikh..

    ReplyDelete
  8. Yong,
    Wall K.Sham dah meriah dengan segala carut-marut & segala gambar yg x sepatutnya ni. Nampak gaya sementara tunggu selesai election ni.. depa tu kena "sorok" dulu la.
    Dah x larat nak ignore.

    ReplyDelete