Saturday, April 20, 2013

Plan dwi maksud..

Assalamualaikum all,

Kakak kembo nak datang berziarah and as usual Cik Mood mula jauhhhhh sampai ke tengah Laut Merah. Tak boleh nak elak tak boleh nak tegah tak boleh nak halang.

Sudah fitrahnya menjadi seorang perempuan. Harapnya ia tidak memudaratkan.

And since Cik Mood dah terjejas, nak masuk dapur pun macam tak ada feeling. Mujur Cik Asben tak keberatan bila diajak makan di luar. Otherwise, semua pakat makan meggi sahajalah.

Since kami berhajat mencari "tulang lembu", maka tempat dituju tak lain tak bukan pastilah Souk Mubarakiyah. Alhamdulillah, rancangan dwi maksud berjalan lancar. Ikan bakar, riyash dan shish tawouk jadi santapan kami untuk tengah hari tadi.


Dimulakan dengan ulaman jarjer.. sedikit kelat tapi sedap sahaja pada tekak kami.


Diikuti dengan riyash. Kali ini Ibu tak berani nak jamah walau segigit. Takut kepala berdengung sebab minggu ni dah kerap sangat makan daging merah.


Nasi beriani. Ibu and Cik Asben kongsi sepiring. Tapi anak-anak laju saja habis sorang satu. Surprisingly, balik rumah masing-masing masih komplen dok lapar lagi. Issshhhh.. 


Ikan bakar dengan pencicah yang kaya dengan rempah ratus. Dulu masa awal-awal sampai ke sini, tak boleh masuk tekak jugak. Sekarang, tak cukup semangkuk pulak.


Roti given F.O.C. Sedap masa masih panas. Tapi tak sempat nak jamah. Kipas besar kat belakang kepala Ibu sudah kasi "spoil" la pulak. Sampaikan roti jadi keras kejung. Langsung tak boleh nak makan. Rasa macam makan kulit kayu jer.


Destinasi seterusnya, mana lagi jika bukan kedai "tulang lembu". Dah jadi regular customer pun di sini. Hence, tak payah nak explain panjang lebar.. tau la dia apa yang kami cari.


Tajamnya mata pemotong daging ni. Tak sanggup Ibu bayangkan seandainya berlaku "sedikit" kesilapan.. Aduhai.. alahai..

 
Sambil jalan-jalan, jumpa pulak "otak kambing". Seumur hidup, inilah pengalaman pertama Ibu tengok otak kambing. Bagaimana cara masyarakat di sini masak dan makan.. ishhhh.. tak tergamaklah hamba nak membayangkan. Nak tahu.. tanyalah dengan Cik Gugel atau Tok Wi.


Akhir sekali jumpa pulak dengan kawan yang seekor ni. Tergamak dia main jelir-jelir lidah dengan Ibu. Its not funny okey.



4 comments:

  1. Assalam kak Sham
    hwaaa ngerinya tengok pemotong daging tu..memang saya pun terfikir kalau silap sikit je, putus dua lah apa apa yang patut tu..
    Saya tak pernah makan otak kambing tapi did try once masak lemak kuning otak lembu..woohoo rasanya sedap tapi saya cuma try satu suap je sebab high cholesterol..tu pun try sebab nak try masakan minang, masa tu saya jawa tengah...hidangan semua eksotik..

    tapi bab ulam tu suker..

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam LW,
    Ngeri kan.
    Tapi selalu jer K.Sham speculate macam2.
    Sendiri berangan.. sendiri ngeri..

    P/s;
    Tak tergamak la hamba.. ishhh..

    ReplyDelete
  3. Yup KakSham,

    kat sini depa mkn otak tu
    Cik Yong nampak depa masak macam ala2 rendang gitu..


    ps: Yong memang tak makan segala yang bukan dari kebiasaan.

    ReplyDelete
  4. Eiiii..
    Sedekah pun.. no thanks.
    Unless.. dah terpaksa.

    ReplyDelete