Tuesday, April 16, 2013

Something to ponder..


Ikhlas ni..
Memang tak ada kena-mengena dengan sesiapa pun kecuali DIRI SENDIRI. Tapi memang suka sangat dengan gambar ni.

Sekali pandang je, terus teringat ke zaman masa Ibu masih belajar dulu. Siang bekerja, malam attend kelas. Anak yang sulong tumpang ke Omak minta jaga. Cik Asben pulak sambung belajar during weekend. Sama jugak. Siang bekerja. Weekend tinggal isteri.. tinggal anak.

Dengan gaji yang so-so, yuran nak bayar, kereta nak bayar, sewa umah, duit makan, duit pengasuh Amsyar (sebelah pagi).. aduhaiiiii..

Tapi alhamdulillah.. selepas 4 tahun berjuang dan bersabar.. sampai jugak hajat Ibu nak pegang "kertas yang sekeping" tu.

Cuma rezeki Ibu.. tak sempat tak guna "kertas yang sekeping" tu sebab Cik Asben offer ikut dia merantau. So dengan Amsyar yang baru nak kenal dunia dan Haazem yang masih berbedung, kami pasrah merantau hingga ke Negeri China. Cak pong.. cak pong..

Dan sehinggalah sekarang, alhamdulillah. Turun naik, senyum tangis, cerah suram.. semua kami dah rasa. Dan ketika Ibu menaip entri ini.. sejujurnya tisu dah berhelai-helai jadi mangsa kesat ke mata. Tak sempat capai tisu, hujung baju jadi bahan.

Dugaan..
Macam-macam yang kami dah rasa. Macam-macam yang kami dah lalui. Macam-macam yang kami terpaksa terima. Macam-macam yang kami terpaksa telan. Baik yang bergelar rakan dan teman.. mahu juga dari yang sedaging sedarah.

Tapi hari ini..
Alhamdulillah. Kami boleh tersenyum walaupun ada masa "senyum yang kelat". Kelat macam minum kopi tanpa gula. Dugaan Allah sentiasa ada. Tapi, semua "perkara ulangan". Still, jangan pandang ringan.. jangan pandang mudah.. jangan anggap remeh.

Selalu kami "peringat" satu sama lain. Rezeki Allah.. anytime DIA boleh bagi.. and anytime jugak DIA boleh tarik. So, sebagai hamba-Nya.. kami harus sentiasa beringat. Tambah dengan keadaan hari ini. Hari ni mungkin Ibu boleh makan lobster.. esok lusa.. belum tentu lagi (sila abaikan contoh tersebut jika ia tidak sesuai).

Namun, kami bersyukur. Amattttt bersyukur. Jika dibanding dengan keadaan kami 14 tahun yang lalu.. sememangnya ada perubahan.

Tapi jangan disangka dengan bekerja di luar negara, kantung syiling kami lebih besar lebih berat dari orang lain.

Dah menumpang rezeki di Tanah Pasir Berdengung ni, maka wajiblah kami "budget". Currency di sini tinggi. Maka dah tentu spending jugak jika didarab dengan nilai MYR akan tinggi jugak.

So to be on the safe zone.. pandai-pandai la buat perancangan.

Henceforth, sebenarnya gambar di atas mengajar Ibu untuk muhasabah diri sendiri. Jangan cepat "mengembang" bila orang dah "puji" dan jangan cepat "sentap" bila ada yang "menegur". Semua tu.. cara Allah nak duga kita.

Akhir qalam.. Ibu nangissss lagi ni.

 

Once upon a time..

5 comments:

  1. Syahdunya baca entri ni. & syahdu jugak tengok gambaq2 lama tu sebab sambil tengok, dok terbayang apa yg Sham cerita dalam entri ni..

    ReplyDelete
  2. salam kak sham...
    tersentuh jgk baca entri nie..alhamdulillah susah tidak selamanya...Allah yg menetapkan rezeki kita sebanyak manapun atau sesikit manapun....syukurkan dgn nikmat yg kita kecapi skrang nie...:)

    ReplyDelete
  3. wah! kak sham flashback! kan dah ngangis ...

    susah kita, kita saja la yang tau. orang luar nmpk hidup kita mcm best ja kan...

    alhamdulillah dengan kehidupan sekarang.

    ReplyDelete
  4. kagum ;)
    harap bila dah masuk umur mcm ibu sham saya dah boleh senyum senang

    ReplyDelete
  5. Tak terkata.. tak mampu nak dilafazkan..
    Tiap kali tengok gambar lama-lama, sure.. nangis semula nanti.
    Cengeng tul la sekarang ni..

    ReplyDelete