Tuesday, April 2, 2013

URI ~ dan cara membersihkannnya..

Assalamualaikum all,

Korang pernah tak tengok macam mana rupa uri? Btw, tahu ke "uri" tu apa? Meh, Ibu tunjuk dulu macam mana rupa uri tu. Anyhow, kalau kurang pasti.. uri tu.. placenta la.


Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri. Tapi kalau nak kira, kita kaum wanita pun boleh je ambik tahu benda-benda macam ni. No question asked.

Uri atau dikenali sebagai placenta dan juga disebut tembuni. Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera.

Uri perlu diuruskan dengan baik. Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.


Cara menguruskan uri.

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci).

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam bekas mudah reput seperti kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang–binatang lain nanti.

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang-binatang lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.


Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)

a- Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.

b- Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. 

c- Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing

d- Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.


P/s;
Ibu pinjam info ni dari wall kawan. Share kat sini.. mudah-mudahan boleh beri menfaat pada semua. Insya'Allah.

8 comments:

  1. Ada banyak petua dari orang-orang tua tentang cara nak bersih dan tanam uri ni. Memang kena ambil perhatian dan tidak boleh diperlekehkan sama sekali.

    ReplyDelete
  2. Salam kak sham...macam kat sini kalau beranak kat hospital depa tak kasi amek uri tuh..camaner yer..mmg takder orng islam kat sini buat kat kat tpt kita...

    ReplyDelete
  3. Salam..

    terima kasih atas perkongsian yang baik ini.. walaupun dah ada 3 orang anak, inilah pertama kali saya melihat uri melalui gambar tu..

    ReplyDelete
  4. Betul tu Azie, memang Sham setuju.
    Sham ni dah beranak 3, semua Ayah yg uruskan bab menanam uri ni.

    ReplyDelete
  5. Alaikumsalam wbt Ummu,
    Apa kata mintak suami Ummu tanyakan pada pihak hospital. Mungkin kalau dia terangkan alasan kita.. mana tahu.. mungkin pihak hospital boleh beri kelonggaran.
    Bi'iznillah.. insya'Allah.

    ReplyDelete
  6. Alaikumsalam Hanis,
    Kak Sham tak pernah lagi tengok yg "ori". Sebab semua dah diuruskan. Tau2.. dah selamat "ditanam" saja.

    ReplyDelete
  7. tanam uri letak kapal terbang sbb nak anak jd pilot (lawak je)

    ReplyDelete
  8. Senyum K.Sham baca komen Irfa.
    Arwah Uwan pulak pesan pd Ayah, tanam uri tu selonggok 3 beradik.. so nanti biar anak2 semua sepakat, berbaik-baik & muafakat.
    Mcm2 pesan & petua org dolu2 ni kan.

    ReplyDelete