Tuesday, May 28, 2013

Anak bertuah..

Assalamualaikum all,

Haazem and Arif dah start summer holiday. Bila dok rumah saja.. mulalah mintak itu ini. Mulalah jugak budak dua orang tu keluar masuk dapur. Semanjang asyik nak mengunyah.. semanjang asyik lapar sahaja.

Kalau jenis pandai makan apa yang dihidang, itu bagus sangat. Tapi ni jenis pandai "mintak" apa yang nak dimakan. Mujur jugak yang dimintak tu masih dalam kategori boleh bikin. Walaupun asyik jenis lauk ulang tayang tapi as previous entry.. 10 kali masak.. 10 macam rasa.

Kali ni ayam masak merah Ibu kena reject. Cuma sebab Haazem nampak bawang and Ibu  lupa nak buang serai yang Ibu guna masa memasak. Sekali dia nampak semua tu, langsung dah tak boleh masuk tekak.

Mujur Amsyar sudi jadi tukang perabis. At last kesihan punya pasal.. Ibu goreng fish fillet saja untuk Haazem. Makan bertambah-tambah budak tembam tu. Aduhaiiii..

Bahan bukti.. ayam masak merah yang kena reject dek Haazem..

P/s;
Sedikit ingatan
 

2 comments:

  1. salam kak sham..sib baik antara yg cerewet ade yg tak kesah kan..apapun best sbb ibu mrk rajin masak kan..:)

    ReplyDelete
  2. Alaikum'salam Ummu.
    Tu la.. mujur Amsyar tu tak berkira sangat.
    Itulah untung nyer kalau besar dlm tangan Uwan & Atok.
    Bab makan.. insya'Allah.. tak banyak ragam..

    ReplyDelete