Thursday, May 30, 2013

Bila suka jadi duka..

Anak-anak dah terlampau bosan kekdahnya. So bawak la pi ngeteh petang tadi. At the same time, bolehlah sambil-sambil pi gunting rambut Amsyar. Sebelum kena tegur.. eloklah kita pi hantar dulu.

Tapi kawasan yang kami pi ni tak ada kedai mamak or restauran India. So, lepak kat fastfood la jugak. Kawasan ni memang area Pak Sheikh and Minah Arab melepak. Cuma sekarang ni maghrib lewat so belum la ramai kaum-kaum tu berjemaah kat sini lagi. Tunggu je la lepas isya'.. sampai tak cukup meja.

Masa kami pi ngeteh tadi, semua dok pakat minum kat dalam tapi bila dah malam.. mulalah semua berebut meja kat luar pulak. Sebenarnya banyak lagi kawasan lepak kaum-kaum ni. Yang paling sibuk, area yang ada "marina" la.


Muka budak yang sepenuh hati layan hat yang diminta..

Mine.. setakat temankan anak je kan..

Arif punya..

Muka puas selepas "second round"..

Muka separa sihat..

Sementara tunggu anak-anak makan and buat revision, Ibu layan yang hat ni..


Kawasan ni la tempat dia orang melepak. Bila waktu malam.. meriah area ni. Tambah cantik bila water fountain tu pasang lampu. Depan kawasan ni pulak ada satu complex khas yang dok berjual segala jenis handbag yang "berjenama". Pernah jugak Ibu masuk.. twice. Tapi tak terjangkau dek akal ku.. 

Paling-paling pun harga beg kat sini "semurah" RM2000. Itu yang dah siap "diskaun". And since Ibu tak pandai nak appreciate (yet) beg yang macam tu, rasanya.. tak perlulah Ibu nak khatamkan kedai-kedai yang ada kat situ.

Cuma malam tu bila balik dari ngeteh..


Boleh pulak budak kecik tu naik balik suhu badan dia. Sampai berdarah hidung. Aduhaiii..

4 comments:

  1. Assalam kak sham..
    alaa kesiannya Arif..mungkin sbb cuaca panas kot jgn berdarah hidung tu..ummu pun ade gak camtuh..take care yer arif...get well soon

    ReplyDelete
  2. alahai ciannyer... maybe musim panas kut eks, sebab tuh tak sihat

    Saya pun tak berapa appreciate beg yg riban2 ni... rasa mcm sayang duit jer nak melebur kat satu beg jer hihi. Kut beli 'bongkah' emas berbaloi jugak hahaa

    ReplyDelete
  3. sedap nmpk fast food. sekali sekala mmg sedap kalau byk kali byk kala sangkut kat tekak.

    ReplyDelete
  4. Alaikumsalam Ummu,
    T.kasih Untie Ummu.


    Mmg tengah panas sangat sini Mila.
    Time siang boleh cecah sampai 43C.
    Beli "bongkah" emas.. huishhh.. jenuh nak ngumpol $$.


    Mala,
    Sesekali mmg boleh la layan.
    Selalu.. muak jugak.

    ReplyDelete