Wednesday, May 29, 2013

Marathon masuk dapur..

Gear dah mula panas ni. Tambah seronok bila tengok fridge makin kosong. Cuma tinggal rempah-ratus dan serba-sikit stok dalam gerobok yang nak kena perabis.

Memang dah itu janji Ibu dengan Cik Asben. Setiap stok yang dibawa dari Tanah Malaya mesti dihabiskan (seboleh-bolehnya). Tak berbaloi rasa kalau beriya-iya bawak masuk ke sini then masih tinggal berbaki.

Daun kesum, daun kunyit, bunga kantan, tempoyak, daging salai, sardin cap ayam, ikan bilis, ikan pari jeruk and a few others.. tu semua jatuh dalam stok barang kawalan. Sekarang ni cuma tinggal Ibu yang kena extra rajin bermarathon nak bagi perabis semua tu.

Yang tukang makan mungkin tak ada masalah. Yang masalah cuma Ibu la sebab kena dok fikir menu and bila nak masak. Maklum sahaja, kami bukan keluarga besar. Nak jemput kawan-kawan bertandang ke rumah, Amsyar pulak tengah berperang dengan buku. Next week dia dah mula exam for first term.

Kena buat kenduri jugak macam ni nanti. Sempat ke??




No comments:

Post a Comment