Sunday, May 19, 2013

Tauhu dan petai goreng.


Assalamualaikum all,

Ini sebenarnya cerita lama.. saja re-post sebab ada yang berhajat.

So, katalah apa pun... kami okey jer. Ramai yang ngelat nak makan petai sebab BUSUK. Tapi adatlah kan. Kalau nak kan "khasiat" nyer terpaksalah "berkorban" sikit. Furthermore, pi je lah gosok gigi lepas makan. Setaka toilet akan extra berbau, kita still kena cuci toilet jugak kan kan kan. Well, petai memang banyak khasiatnya. Yang paling popular, mencuci kencing kotor. Amsyar pun makan jugak tapi tak banyak laa. Setakat 2-3 biji jer. Yang lain tu Ibu and Cik Asben laa yang dok perabih.

Masa balik cuti lepas, lauk ni la yang selalu Ayah dok minta Ibu masakkan. Goreng pulak extra podeh. Memang naik seleralah. Tambah pulak masa iftar. Selera orang kampung, macam ni je laa. Segala hasil bumi dimaksima sebaik mungkin. Lagi pun kalau setiap hari dijamu dengan ayam, daging, sotong, udang dan yang sewaktu dengannya.. bosan jugak.

Kalau ada yang berhajat dengan resepi sempoi ni, boleh la try..

Bahan-bahan;
Segenggam biji petai yang telah dibuang kulit
** Cili api secukup pedas
** 2 biji bawang besar
- sebiji untuk ditumis
- sebiji dipotong kasar
** 5-6 ulas bawang putih
(Semua bahan-bahan ** ditumbuk kasar)
Segenggam ikan bilis
Tauhu basah
(dipotong kecil dan digoreng sedikit)

Cara-caranya;
* Tauhu digoreng - ketepikan.
* Ikan bilis digoreng garing - ketepikan.
* Bawang besar dipotong kasar - ketepikan.
* Petai digoreng sedikit - ketepikan.
1- Tumis bahan-bahan ** hingga naik bau.
2- Setelah itu masukkan tauhu, biji petai, ikan bilis dan bawang yang dipotong kasar lalu digaul serata.
3- Perasakan dengan garam.
4- Alhamdulillah.. dah siap.

Nota : 
Kalau tak ada batu lesung untuk menumbuk.. guna je chopper atau blender. Rasa sama jugak (pada Ibu la).

No comments:

Post a Comment