Saturday, June 1, 2013

Cerita bohong untuk Ayah..


Tinggal di perantauan, mungkin indah bagi sesetengah orang. Lagi indah apabila membayangkan ribu-riban yang masuk ke poket setiap bulan. Namun yang tidak diketahui ramai, tentang "kos" yang terpaksa ditanggung. Dari kos makan, pakaian, kereta, rumah, pendidikan anak-anak, hutang-hutang di Tanah Malaya serta "force saving" yang perlu diingat kerana kami mungkin tidak sebertuah orang lain yang mampu dapat faedah pinjaman pelajaran untuk anak-anak seandainya berhajat untuk menyambung pelajaran mereka di tanah tumpah darah ku kelak.

Namun, masih ramai lagi  yang lebih bertuah dari Ibu maka cerita mereka mungkin berbeza dari versi Ibu. Alhamdulillah. Sesungguhnya.. dugaan dan ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk.

Dengan sebab itu, selalu saja Ibu ingatkan anak-anak tentang "value" duit. Tentang pentingnya beringat untuk menyimpan, tentang susah-senangnya untuk mendapatkan wang. Pentingnya berhemah ketika berbelanja. Serta beringat sebelum sampainya masa susah.

Oleh itu, Ibu sisipkan di sini satu kisah. Agar darinya anak-anak Ibu dapat sedikit faedah darinya. Ingatlah, tidak semua itu boleh dibeli dengan wang ringgit. Jauh sekali dari nilai sebuah kebahagian.

Dan ingatlah.. pengorbanan sang Ayah itu bukan hanya dilihat dari wang ringgit yang diberi, tapi lebih mendalam maksudnya dari itu.

Sekadar berkongsi cerita.

Pagi tadi :

Pergi ke bank, untuk mengunakan cash deposit atm. Di belakang, ada seorang pakcik berdiri.

"Nak, boleh tolong pakcik?"


"Ya, boleh pakcik"

"Tolong pakcik masukkan duit sebab selalunya ada pegawai yang tolong. Hari ini pegawai tu takda".

"Duit untuk anak pakcik ya?"

"Ya...dia belajar di Selangor - UiTM"

Duit dimasukkan untuk anak pertama.

Berjaya.

Jumlah yang sama tapi kali ini ada rm10, 5 keping = rm50, dan sekeping rm100..


Semua duit masuk dalam mesin tapi yang rm100 keluar semula. 2kali.

"Pakcik ada duit lain?"

"Tak ada nak"

Sempat mata ini menjeling ke dalam pouch pakcik itu (maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.

Moga dipermudahkan.

Alhamdulillah berjaya.

Jelas rasa lega terlihat di riak wajahnya.

Berlalu tapi perlahan..

Ingin kutahu dia naik apa..

Motor..

Dalam hujan renyai..


Terlihat wajah kepayahan.

Mengalir air mata.

Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga.

Belajarlah bersungguh-sungguh wahai anak-anak kepada pakcik itu.

Sikit untuk dirinya memadai..

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.

Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.

Moga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik untuk Pakcik itu.

P/s;
Moral of the story.. fikirlah sendiri..


2 comments:

  1. Kak Sham

    Farah baca ni dalam fb. Masa baca terus teringat kat arwah papa. Jadi air mata laju je mengalir. Sedih sangat.

    ReplyDelete
  2. Farah,
    Ini pun K.Sham copy paste dari FB jugak.
    Mmg sedih baca.
    Lagi sedih fikir anak2 hari ni kurang pandai nak value duit.

    ReplyDelete