Friday, June 28, 2013

Omak sey ngamok semalam..

Omak sey ngamok semalam.
Nasib baik tak tuka kaler jadi oghang ijau time tu.
Tak ada niat nak kutuk-kutuk sesapa tapi sekadar berkongsi cerita.

Macam biasa, anak cucu nak makan itu ini. Ibu yang dah hampir separuh abad ni memang dilarang sama sekali keluar sensorang dengan anak-anak. Hatta nak pi memana wajib kena ada Omak atau Ayah yang jadi bodyguard. Entahlah.. memang dah macam tu caranya.

Then Si Haazem mintak nak makan nasi ayam kat kedai yang satu ni. Entah, Haazem memang suka sangat makan nasik ayam kat kedai ni. Baik di Seremban, Kelantan mau pun Kelana Jaya.

So since semua setuju, okey laa. Then since kami dah pakat fikir nak makan "apa" sejak dalam kereta, sampai je kat meja semua terus order. Tapi first impression saja dah ada yang buat hal. Terkial-kial macam baru masuk kerja. Kena pulak panggil yang lebih senior hanya untuk tolong ambik order. Then "pen" pun tak ada.. kena mintak pinjam kat kawan pulak.

Lepas tu nak jadi kisah kena pulak kami menunggu "turn" walaupun dua meja yang meng-order selepas kami dah mula menyuap hampir separuh pinggan. Dah tu sampai pulak ayamnya.. tapi nasi entah mana-mana. Anak-anak dah mula rimas. Omak sey lagi la pulak. Pandang kiri.. pandang kanan.. bukan tak ada staf yang available.. tapi boleh pulak bergayut sengeh-sengeh kat talifon. Masih boleh "maaf" kalau talifon tempat kerja.. ini "personal handset".

Omak sey dah naik angin.. at last "tune" suara jadi max 5. Time tu muka yang "deliver" dah masam macam cuka. Tapi dah anak-anak nak makan punya pasal, kami redha saja. Then nasi dah nak habis.. masih ada lagi lauk yang tak sampai. At last.. memang sungguh.. nasi dah habis.. baru lauk yang satu tu sampai.

Kalau sungguh ramai sangat customer, kami faham. Ini tak sampai 6 meja pun. And bukan peak time pun. Time tu dah jam 5 petang!!!

Time tu memang Omak dah tak boleh tahan. Dalam puas bersabar, terkeluar jugak "free ceramah motivasi". Masing-masing tarik muka berbelas-belas. Namun MAAF sekali pun tak terkeluar dari bibir seorang makhluk Allah pun.

Omak terus keluar kedai. Sungguh.. Omak memang terus angkat kaki. Ibu pulak terpaksa dok melayan anak-anak yang masih nak makan di situ.

Entah laa.. dah banyak kali jugak sebenarnya jadi macam ni. Itu sebab dalam setahun sekali kami balik.. setahun sekali jugaklah kami makan di situ. Kalau bukan sebab anak-anak yang berhajat.. memang kami takkan jejak ke situ lagi.

Sebenarnya.. selain dari kes seperti itu, bab kebersihan jugak ada masalah. Boleh pulak kain lap meja letak sana-sini. Dengan mug dan cawan jugak tinggal sana-sini. Itu belum lagi meja yang belum berkemas.

Macam semalam, sebab kami nak cepat dan tak berkira sangat (mula nyer la) kami, sendiri yang tolong kemas and lap meja.

Kami tak mintak service yang diluar jangkaan. Kalau dah silap tu.. ikhlaskan laa sebut MAAF, insya'Allah ada yang cepat sejuk hati. Di samping tu hiaslah muka tu dengan "senyum". Nescaya, yang masuk kedai pun senyum jugak bila keluar nanti.

Aktiviti biasa, repeat paper..
Kedai ni memang dah dekat sangat dengan kedai nasi ayam tu..


10 comments:

  1. Husband saya jenis tak ada kompromi dengan servis. Kalau ada yg mcm nie...memang lenyek dikojokan eh.

    ReplyDelete
  2. tension kalau kena mcm ni. jgn dok buat main kalau perut orang tengah lapaq :-)

    ReplyDelete
  3. Azie,
    Time tu mmg K.Sham dah serba salah. Dgn Omak yg dah naik angin.. tapi anak2 pulak masih nak makan kat situ lagi.
    Tapi rasa.. kalau setakat K.Sham & Cik Asben jer.. mmg ada kena ceramah kut.

    ReplyDelete
  4. Betul tu Mala,
    Setakat kita mungkin boleh sabar.
    Tapi kalau anak2 yg lapar.. x pasal2 kita yg naik angin.

    ReplyDelete
  5. NP,
    Kat Giant besar KJ.
    Depan kedai Lovely Lace.
    Sebelah Secret Recipe.

    ReplyDelete
  6. kalau bundo, tak kan poie laie dah ko situ. Cukup anti dongan layanan ala kadar. Ceh.. memang patut pun kono coramah dongan omak tu.

    ReplyDelete
  7. KakSham,
    macam ku tahu bau bunyi kedai itu..?
    bab service memang kena naik angin kalau camgini gayanya
    udah kita bayor service tax, kura-kura pun laju

    ReplyDelete
  8. Bajet nasi ayam glemer ler tuh...
    sabar yer "Omak sey"

    ReplyDelete
  9. Bundo..
    Bebudak nak makan, nak buek camano?
    Kut Sham la kan.. mmg takdo la do.



    Yong,
    Mesti tau nyer la.
    Sbb mmg femes kan.
    Tp tu la, bab "servis" ni mmg sensitipppp..



    Mila,
    Omak sey mmg cepat naik angin kalau tang bab servis ni sbb dia pun dlm area food servis gak.
    So.. tak boleh cakap byk la.
    Mcm dia kata la.. customer is always right.

    ReplyDelete